Ilyushin Il-76

Ilyushin Il-76 (kod NATO: Candid) adalah pesawat pengangkut strategik serbaguna berenjin empat yang direka oleh Biro Design Ilyushin. Ilyushin Il-76 pertama kali dirancang sebagai pesawat kargo komersial pada tahun 1967. Dimaksudkan sebagai pengganti Antonov An-12, Il-76 direka untuk menghantar alat-alat berat, terutama untuk kepentingan tentera, ke daerah-daerah terpencil di Kesatuan Soviet, dan untuk pengangkut strategik tentera. Versi tentera Il-76 telah digunakan secara meluas di Eropah, Asia dan Afrika, termasuk digunakan sebagai pesawat tanker udara atau sebagai pusat komando.

Ilyushin Il-76TD Aeroflot di Zurich, Switzerland, 1976

Il-76 banyak berkhidmat di syarikat penerbangan kargo komersial untuk penghantaran kargo, terutama untuk barang-barang bersaiz besar (seperti alat berat dan kenderaan), atau barang-barang berat yang sukar dihantar dengan mod pengangkutan lain. Ilyushin Il-76 juga kerap digunakan sebagai pengangkutan kecemasan untuk pemindahan awam dan untuk memberikan bantuan bencana dan kemanusiaan di seluruh dunia, terutama ke kawasan-kawasan terpencil kerana kemampuannya untuk beroperasi dari landasan yang tak berturap. Model pakar juga telah dihasilkan untuk bomba udara dan latihan zero-G untuk angkasawan Rusia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search