Imam Malik

Cendekiawan Islam
Kerajaan Bani Umaiyah
Nama: Malik ibni Anas
Gelaran: Imam Malik, Syeikh Islam
Lahir: 93 H atau 713 M
Wafat: 179 H atau 796 M
Etnik: Arab
Rantau: Arab
Bidang: Hadis, Fiqah
Idea utama: Mazhab Maliki
Karya: Al Muattok
Pengaruh: Jaafar al-Sadiq, Abu Suhail al-Nafi


Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik bin `Amir Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah. Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search