Imamah (doktrin Syiah)

Imamah (bahasa Arab: الإمامة ) dalam pandangan Syiah adalah kepemimpinan sebuah komuniti Islam dengan pelantikan tuhan dan penganti Nabi Muhammad saw dalam urusan agama dan dunia. Ajaran ini, salah satu daripada dasar-dasar mazhab Syiah dan termasuk perbezaan akidah antara Syiah dan Sunni. Permasalahaan imamah di sisi kaum Syiah menyebabkan mereka dijuluki dengan mazhab Imamiyah.

Menurut mazhab Syiah, Nabi Muhammad saw semenjak awal misinya, memberikan perhatian khusus pada urusan pelantikan khalifah dan imam kaum muslimin setelah beliau wafat. Tindakan-tindakannya dalam merealisasikan hal ini, telah bermula sejak awal dakwah terang-terangannya, dengan mengenalkan Ali RA sebagai khalifah dan pengganti setelahnya. Hal ini terus berlanjut hingga hari-hari akhir hayatnya, dalam perjalanan pulang dari Haji Perpisahan pada tanggal 18 Dzulhijjah di Ghadir Khum.

Kaum muslimin daripada kalangan Ahlusunah menegaskan kepentingan adanya imam dan keperluan mengikuti perintah-perintahnya, namun mereka meyakini bahawa seorang imam harus dipilih oleh masyarakat dan Nabi saw sama sekali tidak mengenalkan seseorangpun sebagai khalifah setelahnya.

Kaum Syiah memiliki perbezaan pendapat dalam menentukan jumlah para imam. Jumlah para imam Syiah Imamiyah adalah dua belas orang. Imam pertama daripada mereka adalah Ali RA dan Imam yang terakhir daripada mereka adalah Imam Mahdi. Setelah Ali RA, Hasan RA dan kemudian adiknya Husain RA dan diikuti oleh yang lainnya hingga Imam Mahdi.

Falsafah imamah adalah menukil, menjaga agama Islam dan menjelaskan secara benar ilmu-ilmu agama. Oleh karena itu, supaya imam lebih baik dalam menjalankan tugasnya maka Imam perlu maksum, memiliki Ilmu Ladunni dan kewenangan wilayah dari sisi Tuhan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search