Interlok

Interlok

Umum
PengarangAbdullah Hussain
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreFiksyen sejarah
Penerbitan
PenerbitAngkatan Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh penerbitan
1971
Jenis media
Cetakan (Kulit keras & Kulit lembut)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9836287507, 9789836287502 Invalid ISBN

Interlok ialah sebuah karya novel yang dikarang oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Novel ini dihasilkan oleh Abdullah untuk menyertai Peraduan Mengarang Sepuluh Tahun Merdeka (1967) hasil inisiatif Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri) dalam satu ucapan makan malam anjuran Persatuan Penulis Nasional di mana novel ini memenangi hadiah sagu hati. Interlok diterbitkan Angkatan Baru untuk pertama kali pada tahun 1971. Kemudiannya ia diterbitkan dalam edisi pelajar pada tahun 2006 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi khas Sasterawan Negara (2008, DBP) dan edisi murid novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (2010, DBP).[1]

Novel ini mengisahkan pancaroba dan persepaduan sesama kaum di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British pada separuh awal abad ke-20, dan sumbangan mereka kepada negara Malaysia yang merdeka. Akan tetapi, novel ini dilanda kontroversi, lebih-lebih lagi apabila dipilih sebagai bahan bacaan wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan Lima pada tahun 2011, kerana sesetengah golongan India tersinggung oleh unsur sistem kasta dalam masyarakat India.[2]

  1. ^ Interlok novel bangsa Malaysia, Utusan Malaysia, 26 Disember 2010. Dicapai pada 5 Januari 2011.
  2. ^ PENA pertahan novel, Malaysiakini, 30 Disember 2010. Dicapai pada 5 Januari 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search