Internet

Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia, sebagaimana digambarkan sebagai pautan

Secara amnya, Internet (Jawi: اينترنيت; singkatan ungkapan Inggeris inter-network) ialah suatu rangkaian komputer besar yang saling berhubung menerusi beberapa rangkaian kecil setempat.[1] Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking. 80% daripada maklumat di internet adalah dalam bahasa Inggeris dan hanya 20% daripada keseluruhan adalah bahasa lainnya.

Nama Internet muncul dalam manual radio sediaan Jabatan Perang Amerika Syarikat tahun 1945,[2] ia turut ditakrif lakuran Internetwork atau "antarangkaian" dalam dokumen RFC 675 tahun 1974[3]– ia pernah dipinjam terjemah di India dalam bahasa Hindi diakar Sangsakerta sebagai अन्तर्जाल antarjāla.[4]

  1. ^ Corbett, Philip B. (1 June 2016). "It's Official: The 'Internet' Is Over". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2020. Dicapai pada 29 August 2020.
  2. ^ "United States Army Field Manual FM 24-6 Radio Operator's Manual Army Ground Forces June 1945". United States War Department. 18 September 2023.
  3. ^ Cerf, Vint; Dalal, Yogen; Sunshine, Carl (December 1974). Specification of Internet Transmission Control Protocol. IETF. doi:10.17487/RFC0675. RFC 675.
  4. ^ Snell, Rupert (1993). "The hidden hand: English lexis, syntax and idiom as determinants of Modern Hindi usage". Dalam Arnold, D.; Robb, P. (penyunting). Institutions and ideologies: A SOAS South Asia reader. Richmond: Routledge Curzon. m/s. 73.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search