Islam


Islam (Tulisan Jawi: اسلام; Bahasa Arab: Mengenai audio iniالإسلام; al-'islām ; disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Arab: الله, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk".[2][3]

Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.[4] Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.[5]

Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.[6] Selain itu, terdapat syariat Islam (شريعة, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.[7]

Muslim mengikuti empat mazhab dari Imam besar Islam iaitu imam Hambali,Imam Maliki,Imam Syafie dan Imam Hanafi.[8][9][10] Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,[11] 25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.[12] Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian,[13] dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia.[14][15][16][17][18]

  1. ^ Ten Misconceptions About Islam Diarkibkan 2008-09-14 di Wayback Machine, Compendium of Muslim Texts, USC-MSA.
  2. ^ L. Gardet. "Islam". Encyclopaedia of Islam Online. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ "Lane's lexicon" (PDF). Dicapai pada 2007-07-03.
  4. ^ Lihat:
  5. ^ Lihat:
    • Accad (2003): Mengikut Ibnu Taimiyah, walaupun sesetengah Muslim menerima ketepatan teks seluruh kitab Bible, kebanyakan Muslim cuma menerima ketepatan sebahagian besarnya sahaja.
    • Esposito (1998), m/s. 6,12
    • Esposito (2002b), m/s. 4–5
    • F. E. Peters (2003), m/s. 9
    • F. Buhl. "Muhammad". Encyclopaedia of Islam Online. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
    • Hava Lazarus-Yafeh. "Tahrif". Encyclopaedia of Islam Online. |access-date= requires |url= (bantuan)
  6. ^ Esposito (2002b), m.s. 17
  7. ^ Lihat:
    • Esposito (2002b), m/s. 111,112,118
    • "Shari'ah". Encyclopaedia Britannica Online. |access-date= requires |url= (bantuan)
  8. ^ "Islām". Encyclopædia Britannica Online. Dicapai pada 2010-08-25.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mgmpPRC
  10. ^ "Religions". Agensi Perisikan Pusat. The World Factbook. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 2010-08-25.
  11. ^ Lihat:
    • Esposito (2002b), m/s. 21
    • Esposito (2004), m/s. 2, 43
  12. ^ Lihat Islam mengikut negara
  13. ^ "Major Religions of the World—Ranked by Number of Adherents". Diarkibkan daripada yang asal (HTML) pada 2008-06-15. Dicapai pada 2007-07-03.
  14. ^ "Islam Today". PBS. Dicapai pada 2010-08-25. Islam, followed by more than a billion people today, is the world's fastest growing religion and will soon be the world's largest...
  15. ^ "No God But God". Thomas W. Lippman. U.S. News & World Report. 7 April 2008. Dicapai pada 2010-08-25. Islam is the youngest, the fastest growing, and in many ways the least complicated of the world's great monotheistic faiths. It is a unique religion based on its own holy book, but it is also a direct descendant of Judaism and Christianity, incorporating some of the teachings of those religions—modifying some and rejecting others.
  16. ^ "Understanding Islam". Susan Headden. U.S. News & World Report. 7 April 2008. Dicapai pada 2010-08-25.
  17. ^ "The List: The World's Fastest-Growing Religions". Foreign Policy. 14 Mei 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-21. Dicapai pada 2010-05-16.
  18. ^ "Major Religions of the World Ranked by Number of Adherents". Adherents.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-15. Dicapai pada 2007-07-03.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search