Isotop stabil

Graf isotop/nuklid mengikut jenis pereputan. Nuklid oren dan biru tidak stabil, dan petak-petak hitam di antaranya menggambarkan nuklid stabil. Garis lurus yang melalui di bawah kebanyakan nuklid melambangkan kedudukan di mana jumlah proton bersamaan dengan jumlah neutron dalam sesuatu nukleus. Graf ini menunjukkan bahawa untuk menjadi stabil, unsur dengan lebih 20 proton perlu mempunyai lebih neutron daripada proton.

Isotop stabil ialah isotop unsur kimia yang tidak radioaktif – dengan erti kata lain, ia tidak menjalani pereputan radioaktif secara spontan.

Hanya 90 nuklid daripada 40 unsur pertama yang secara teorinya stabil secara tenaga daripada sebarang jenis pereputan kecuali pereputan proton (lihat senarai nuklid). Sebanyak 164 lagi diketahui secara teorinya tidak stabil dan akan mereput melalui sebarang jenis pereputan yang diketahui, tetapi tidak ada bukti pereputan pernah diperhatikan; ini menjadikan jumlah nuklid yang tidak mempunyai sebarang bukti kewujudan keradioaktifan sebanyak 254 daripada 80 unsur yang mempunyai satu atau lebih isotop stabil. Senarainya diberikan di hujung rencana ini.

Daripada 80 unsur dengan satu atau lebih isotop ini, 26 daripadanya hanya mempunyai satu isotop stabil, dan oleh itu diistilahkan unsur monoisotop. Selebihnya mempunyai lebih daripada satu isotop stabil. Unsur timah mempunyai 10 isotop stabil, menjadikannya unsur dengan jumlah isotop stabil yang tertinggi pernah diketahui.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search