Rencana ini ialah terjemahan daripada bahasa lain. Terjemahan ini mungkin telah dihasilkan oleh komputer atau penterjemah tanpa kemahiran dalam bahasa lain. |
Istana Kehakiman | |
---|---|
ايستان کحاکيمن | |
Maklumat umum | |
Status | Siap |
Jenis | Mahkamah Persekutuan |
Gaya seni bina | Islamik Moor Palladi dan Neoklasikisme |
Lokasi | Putrajaya |
Bandar/pekan | Putrajaya Wilayah Persekutuan |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 2°55′1.398″N 101°41′1.656″E |
Pecah tanah | 1999 |
Pembinaan bermula | 2000 |
Disiapkan pada | 2003 |
Dirasmikan pada | 2004 |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 5 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Arkitek aQidea, AR Ahmad Rozi A Wahab |
sunting · sunting di Wikidata |
Istana Kehakiman (Jawi: ايستان کحاکيمن ) merupakan tempat letaknya Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan Malaysia di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Bangunan ini meliputi blok bangunan pentadbiran mahkamah kembar 5 dengan 2 bangunan satelit berkembar yang menempatkan bilik-bilik mahkamah. Ia dicipta dengan menggunakan sentuhan seni reka Moor yang jelas kelihatan dari binaan kubahnya, turus, dan gerbang. Bangunan ini direka berdasarkan 3 prinsip falsafah utama iaitu keseimbangan (keadilan), ketelusan dan kekuatan sistem kehakiman negara Malaysia. Para pelawat bebas untuk bergambar di hadapan bangunan mahkamah ini demi menjiwai seni reka klasik dan erti keadilan yang cuba digambarkan menerusi kehalusan seni binaan.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search