Jabatan Meteorologi Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia
جابتن ميتيورولوڬي مليسيا
Kerajaan Malaysia
Logo rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia
Intisari agensi
JenisKerajaan
Ibu pejabatJalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor
Kakitangan1,037 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Muhammad Helmi bin Abdullah, Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia
Agensi induk
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Laman sesawang
www.met.gov.my

Jabatan Meteorologi Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ميتيورولوڬي مليسيا; singkatan: METMalaysia) merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memantau keadaan cuaca di darat, laut dan udara secara berterusan di seluruh negara. Selain itu, METMalaysia mengeluarkan ramalan, nasihat, amaran cuaca dan lautan serta tinjauan iklim bagi mengurangkan risiko bencana. METMalaysia juga membekalkan perkhidmatan meteorologi penerbangan untuk melancarkan operasi penerbangan pesawat udara dan perkhidmatan geofizik bagi mengesan kejadian gempa bumi serta pengeluaran amaran tsunami untuk Malaysia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search