Jagung

Jagung
Ilustrasi gambaran
bunga-bunga jantan dan betina jagung
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Z. mays
Nama binomial
Zea mays

Jagung (Jawi: جاݢوڠ; bahasa Inggeris: corn atau maize; nama botani: Zea mays ssp. mays) merupakan tanaman bijirin makanan ruji dari Mesoamerika. Tangkai daunnya menghasilkan jambak "bulu" debunga jantan dan bakal biji yang berasingan, lalu menghasilkan buah tongkol penuh biji yang besar menguning dan padat apabila disenyawakan.[1][2]

Jagung mula ditanam daripada teosinte (Zea mays ssp. parviglumis), tumbuhan asal di lembah sungai Balsas di selatan Mexico 10,000 tahun dahulu.[3][4] Sehingga 12% bahan genetik jagung didapati daripada Zea mays ssp. mexicana melalui introgresi. Istilah "teosinte" digunakan untuk menggambarkan semua spesies dalam genus Zea, kecuali Zea mays ssp. mays. Pendapat yang menyatakan bahawa genus Tripsacum yang berkait dengan asal tumbuhan jagung telah dinafikan dengan analisa genetik moden.

Tumbuhan ini, khususnya biji-biji tongkolnya, menjadi sumber makanan ruji ketiga utama manusia setelah gandum dan beras/padi.[5] Ia tidak sahaja menjadi sumber makanan langsung, tetapi ia juga menjadi bahan mentah produk lain seperti etanol dan tepung.[6]

  1. ^ "Please settle a dispute. Is sweet corn a vegetable or a grain? What is the difference? How about field corn?". eXtension (dalam bahasa Inggeris). USDA National Institute of Food and Agriculture, New Technologies for Ag Extension project. 18 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2018. Dicapai pada 3 Mac 2018.
  2. ^ Chodosh, Sara (8 Julai 2021). "The bizarre botany that makes corn a fruit, a grain, and also (kind of) a vegetable". Popular Science. Dicapai pada 24 Februari 2022.
  3. ^ "The Evolution of Corn". University of Utah HEALTH SCIENCES. Dicapai pada 2 Januari 2016.
  4. ^ Benz, B. F. (2001). "Archaeological evidence of teosinte domestication from Guilá Naquitz, Oaxaca". Proceedings of the National Academy of Sciences. 98 (4): 2104–2106. Bibcode:2001PNAS...98.2104B. doi:10.1073/pnas.98.4.2104. PMC 29389. PMID 11172083.
  5. ^ Saptoningsih. "Diversifikasi Pangan Olahan Jagung". BPPSDMP Kementerian Pertanian. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2021. Dicapai pada 3 Jun 2015.
  6. ^ Foley, Jonathan (3 Mac 2013). "It's Time to Rethink America's Corn System". Scientific American. Dicapai pada 18 Februari 2019.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search