Jajahan mahkota

Jajahan mahkota merupakan sejenis pentadbiran jajahan Empayar British.

Jajahan mahkota diperintah oleh seorang gabenor yang dilantik oleh pemerintahan beraja British. Walaupun istilah ini tidak digunakan pada masa itu, jajahan pertama yang dikenali sebagai jajahan mahkota ialah Jajahan Virginia yang sekarang berada di Amerika Syarikat, selepas pemerintahan beraja British mengambilnya daripada Syarikat Virginia pada tahun 1624.

Sehingga pertengahan kurun ke-19, istilah ini pada umumnya merujuk kepada jajahan yang diambil melalui perang seperti Trinidad dan Guiana British tetapi kemudian ia digunakan kepada mana-mana tanah jajahan selain daripada Kemaharajaan British dan jajahan British lain seperti Australia, Kanada dan New Zealand (yang kemudian dipanggil Dominion).

Istilah ini terus digunakan sehingga 1981 apabila Akta Kewarganegaraan British 1981 mengelaskan jajahan British yang tinggal sedikit sebagai "Wilayah Tanggungan British". Dari tahun 2002, negara-negara ini dikenali sebagai Wilayah Luar Negeri British.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search