Jangsu dari Goguryeo

Raja Jangsu
Raja Goguryeo
Pemerintahan413-491 (78 tahun)
Didahului olehGwanggaeto
Diikuti olehMunjamyeong dari Goguryeo
Keputeraan394
Kemangkatan491 (berumur 96–97)
AnakandaPutera Mahkota Juda
AyahandaGwanggaeto
Jangsu dari Goguryeo
Hangul
Hanja
Perumian SemakanJangsu-wang
McCune–ReischauerChangsu-wang
Nama lahir
Hangul atau
Hanja atau
Perumian SemakanGeoryeon atau Yeon
McCune–ReischauerKǒryǒn atau Yǒn

Jangsu dari Goguryeo (Hangul:장수왕; Jawi: راج جڠسو; 394–491, memerintah 413–491)[1] ialah raja ke-20 Goguryeo, yang paling utara dari Tiga Kerajaan Korea. Baginda diputerakan pada tahun 394 sebagai anakanda sulung Gwanggaeto. Baginda menjadi putera mahkota pada tahun 408, dan setelah kemangkatan ayahandanya pada tahun 413, baginda menjadi penguasa pada usia 19 tahun.[2]

Jangsu memerintah pada zaman kegemilangan Goguryeo,[3][4] ketika itu merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan salah satu kuasa besar di Asia Timur.[5][6][7][8] Baginda terus melanjutkan pengembangan wilayah ayahandanya melalui penaklukan,[9] tetapi juga terkenal dengan kemampuan diplomatiknya.[10][11][12] Seperti ayaandahnya, Gwanggaeto Agung, Jangsu juga mencapai penyatuan longgar bagi Tiga Kerajaan Korea.[13] Di samping itu, pemerintahan Jangsu yang panjang menyaksikan penyempurnaan pengaturan politik, ekonomi dan institusi Goguryeo yang lain.[14] Dia juga terkenal kerana membina Prasasti Gwanggaeto, yang didedikasikan untuk ayahandanya. Nama anumerta Jangsu bermaksud "Umur Panjang", berdasarkan pemerintahannya yang lama selama 79 tahun hingga baginda usia 98 tahun, pemerintahan terpanjang dalam sejarah Asia Timur.[15]

Semasa pemerintahannya, Jangsu mengubah nama rasmi Goguryeo (Koguryŏ) menjadi Goryeo yang dipendekkan (Koryŏ), iaitu asal nama Korea.

"Makam Jeneral" di Ji'an, China, bekas ibu kota Goguryeo. Cendekiawan China menganggap ini sebagai makam Raja Jangsu dan permaisurinya, walaupun banyak sarjana Korea berpendapat makam Jangsu berada di Pyongyang, apabila Jangsu telah memindahkan ibu kota pada tahun 427 (Julai 2010).
  1. ^ Corfield, Justin (2014). Historical Dictionary of Pyongyang. Anthem Press. m/s. XV. ISBN 9781783083411. Dicapai pada 2 February 2016.
  2. ^ "King Jangsu". KBS Radio. KBS. Dicapai pada 2 February 2016.
  3. ^ Cohen, Warren I. (20 December 2000). East Asia at the Center: Four Thousand Years of Engagement with the World (dalam bahasa Inggeris). Columbia University Press. m/s. 50. ISBN 9780231502511. Dicapai pada 29 July 2016.
  4. ^ Embree, Ainslie Thomas (1988). Encyclopedia of Asian history (dalam bahasa Inggeris). Scribner. m/s. 324. ISBN 9780684188997. Dicapai pada 29 July 2016.
  5. ^ Roberts, John Morris; Westad, Odd Arne (2013). The History of the World (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 443. ISBN 9780199936762. Dicapai pada 15 July 2016.
  6. ^ Gardner, Hall (27 November 2007). Averting Global War: Regional Challenges, Overextension, and Options for American Strategy (dalam bahasa Inggeris). Palgrave Macmillan. m/s. 158–159. ISBN 9780230608733. Dicapai pada 15 July 2016.
  7. ^ Laet, Sigfried J. de (1994). History of Humanity: From the seventh to the sixteenth century (dalam bahasa Inggeris). UNESCO. m/s. 1133. ISBN 9789231028137. Dicapai pada 10 October 2016.
  8. ^ Walker, Hugh Dyson (20 November 2012). East Asia: A New History (dalam bahasa Inggeris). AuthorHouse. m/s. 6–7. ISBN 9781477265178. Dicapai pada 19 November 2016.
  9. ^ Bae, Kichan (2007). Korea at the crossroads : the history and future of East Asia (ed. 1st). Seoul: Happyreading. m/s. 87. ISBN 9788989571469.
  10. ^ Lee, Ki-Baik (1984). A New History of Korea. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 38. ISBN 067461576X. "He held China in check by employing a diplomatic strategy of maintaining ties with both the Northern and Southern Dynasties, thus enabling him to manipulate these two contending forces to Koguryŏ's advantage."
  11. ^ Kim, Jinwung (5 November 2012). A History of Korea: From "Land of the Morning Calm" to States in Conflict (dalam bahasa Inggeris). Indiana University Press. m/s. 36. ISBN 978-0253000781. Dicapai pada 15 July 2016. "China's split into the Northern and Southern dynasties afforded him an opportunity to diplomatically maneuver these two bitterly contending forces to Koguryŏ's advantage."
  12. ^ Cohen, Warren I. (20 December 2000). East Asia at the Center: Four Thousand Years of Engagement with the World (dalam bahasa Inggeris). Columbia University Press. m/s. 50. ISBN 9780231502511. Dicapai pada 29 July 2016.
  13. ^ Kim, Jinwung (2012). A History of Korea: From "Land of the Morning Calm" to States in Conflict (dalam bahasa Inggeris). Bloomington, Indiana: Indiana University Press. m/s. 35–36. ISBN 978-0253000781. Dicapai pada 11 October 2016.
  14. ^ Lee, Ki-Baik (1984). A New History of Korea. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 38–40. ISBN 067461576X.
  15. ^ Walker, Hugh Dyson (November 2012). East Asia: A New History (dalam bahasa Inggeris). AuthorHouse. m/s. 137. ISBN 9781477265161. Dicapai pada 29 July 2016.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search