Jarak hamal

Jarak hamal dan keserongan sfera cakerawala. Arah utama sistem ini ialah ekuinoks musim bunga, nod menaik bergerhana (merah) pada khatulistiwa cakerawala (biru). Jarak hamal dikira ke arah timur sepanjang khatulistiwa itu dari arah utama.

Jarak hamal (Jawi: جارق حمل‎) atau penaikan mustakim (Jawi: ڤناءيقن مستقيم‎; bahasa Inggeris: right ascension RA, simbol: α)[1] merupakan istilah ilmu falak menerangkan salah satu daripada dua koordinat arah suatu titik pada sfera cakerawala atau sfera samawi dalam sistem koordinat khatulistiwa, yang biasanya digabungkan dengan keserongan. Jarak sudut jarak hamal diukur ke arah timur di sepanjang khatulistiwa cakerawala dari ekuinoks musim bunga ke bulatan jam titik yang dipersoalkan.[2]

  1. ^ "Istilah "penaikan mustakim" di PRPM". Dicapai pada 21 Oktober 2012.
  2. ^ Pejabat Almanak Nautika Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat (1992). Seidelmann, P. Kenneth (penyunting). Penerangan Tambahan kepada Almanak Astronomi. University Science Books, Mill Valley, California. m/s. 735. ISBN 0-935702-68-7.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search