Jeneral Angkatan Darat

Jeneral Angkatan Darat
General of the Army

Bendera
Jeneral Angkatan Darat


Epaulet pakaian seragam khidmat
dengan pangkat Jeneral Angkatan Darat

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat AS Tentera Darat A.S.
Singkatan GA
Kumpulan pangkat Pegawai jeneral
Pangkat Lima bintang
Diperkenalkan 25 Julai 1866
Kod
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya General of the Armies
Pangkat rendah seterusnya Jeneral
Persamaan pangkat tentera laut Laksamana Armada (US Navy)
Persamaan pangkat tentera udara Jeneral Angkatan Udara (US Air Force)
Lencana pangkat bagi Jeneral Angkatan Darat jika dipakai pada pakaian khidmat Biru Tentera Darat, dari tahun 2010 hingga kini.
Lencana pangkat bagi Jeneral Angkatan Darat jika dipakai pada pakaian khidmat Hijau Tentera Darat Kelas A, dari September 1959 hingga Oktober 2015.

Jeneral Angkatan Darat atau Jeneral Besar (General of the Army singkatan GA) ialah jeneral lima bintang dan merupakan pangkat kedua paling tinggi dalam Tentera Darat Amerika Syarikat. Pangkat Jeneral Angkatan Darat berada diatas Jeneral dan setaraf dengan Laksamana Armada dan Jeneral Angkatan Udara.[1] Tidak terdapat pangkat setaraf lima bintang dalam perkhidmatan beruniform persekutuan yang lain (Kor Marin, Pengawal Pantai, Kor Bertauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat, Kor Bertauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan). Sering dipanggil "jeneral lima bintang", pangkat Jeneral Angkatan Darat telah dikhaskan untuk kegunaan masa perang dan kini tidak aktif dalam tentera AS. Insignia Jeneral Angkatan Darat mengandungi lima bintang berukuran 3/8 inci dalam susunan segilima , dengan setiap bucu bersentuhan. Insignia ini dipasangkan dengan Lambang Jata emas berenamel Amerika Syarikat pada papan bahu kot khidmat. Lencana logam lima bintang berwarna perak akan dipakai pada kolar dan pada topi garison (jenis lipat). Epaulet lembut bahu dengan lima bintang berukuran 7/16 inci dalam benang perak dan Lambang Jata Amerika Syarikat berbenang emas pada kain hijau dipakai dengan baju kemeja dan baju sejuk.

Pangkat "Jeneral Angkatan Darat" mempunyai dua penjelmaan. Pangkat ini telah diperkenalkan pada tahun 1866, setahun selepas Perang Saudara Amerika. Ia telah dikhaskan untuk pegawai kanan tunggal Tentera Darat A.S., yang merupakan pangkat empat bintang, dan telah disandang oleh tiga orang yang berlainan dari tahun 1866 hingga 1888. Pangkat ini dihidupkan kembali sebagai pangkat moden lima bintang semasa Perang Dunia II, dan boleh dianugerahkan pada lebih orang pegawai bertugas dalam satu-satu masa. Ia disandang oleh lima orang yang berlainan dari tahun 1944 hingga 1981. Satu pangkat khas dikenali General of the Armies, iaitu pangkat yang lebih atas dari General of the Army, wujud tetapi hanya dikurniakan sebanyak dua kali sahaja dalam sejarah Amerika Syarikat, pangkat empat bintang dengan bintang emas unik (bukan perak) kepada John J. Pershing, dan secara anumerta kepada George Washington, oleh pengisytiharan 177 tahun selepas kematiannya, dengan tanpa lencana bintang khas yang ditetapkan.[2][3]

  1. ^ "Army Regutation 600-20, see table 1-2 on page 5" (PDF). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ "U.S. Army Five Star Generals – Frequently Asked Questions". history.army.mil. U.S. Army Center of Military History. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-31. Dicapai pada 19 October 2015.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Pub94-479

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search