Jerman Nasionalis Sosialis (Jerman: Nationalsozialistisches Deutschland , juga diringkas kepada Jerman Nazi - Jawi: جرمن نازي ) atau Pemerintahan Jerman Raya (Jerman: Großdeutsches Reich [4]) merujuk kepada pemerintahan negara Jerman pada tahun-tahun 1933 hingga 1945 di bawah pimpinan diktator Adolf Hitler yang menyebarkan ideologi ketuanan "nasionalisme-sosialisme" (Nationalsozialismus) digalang Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional; pemerintahan ini sering digelar sebagai "Pemerintahan Ketiga" (Jerman: Drittes Reich , bahasa Inggeris: Third Reich ). Dalam zaman tersebut, Jerman telah bangkit daripada negara yang tewas dalam Perang Dunia Pertama sehingga menjadi suatu kuasa ketenteraan yang digeruni. Pada masa yang sama, bangkit juga politik perkauman atau rasis yang mengagungkan bangsa Aryan dan menghina ras lain, terutamanya orang-orang Yahudi yang telah "dikumpulkan dan dibunuh secara terancang di beberapa buah kem tahanan". Jerman Nazi akhirnya ditewaskan oleh tentera Berikat dan Soviet pada tahun 1945. Kerana itu, Jerman telah terbahagi kepada dua blok: Republik Konfederasi Jerman di barat (yang berfahaman kapitalis) dan Republik Demokratik Jerman di sebelah timur (yang berfahaman komunis-sosialis)
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search