Joe Biden

Joe Biden
Potret rasmi pada tahun 2021
Presiden Amerika Syarikat ke-46
Memegang jawatan
20 Januari 2021
Naib PresidenKamala Harris
Didahului olehDonald Trump
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-47
Dalam jawatan
20 Januari 2009 – 20 Januari 2017
PresidenBarack Obama
Didahului olehDick Cheney
Digantikan olehMike Pence
Senator Amerika Syarikat
dari Delaware
Dalam jawatan
3 Januari 1973 – 15 Januari 2009
Didahului olehJ. Caleb Boggs
Digantikan olehTed Kaufman
Butiran peribadi
LahirJoseph Robinette Biden Jr.
(1942-11-20) 20 November 1942 (umur 81)
Scranton, Pennsylvania, A.S.
Parti politikDemokrat (1969–kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Bebas (sebelum 1969)
PasanganNeilia Hunter (k. 1966; m. 1972)
Jill Jacobs (k. 1977)
Anak-anak
Ibu bapa
  • Joseph Robinette Biden Sr.
  • Catherine Eugenia Finnegan
SaudaraKeluarga Biden
Alma mater
  • Universiti Delaware
  • Universiti Syracuse
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • peguam
  • penulis
AnugerahPingat Kebebasan Presiden (2017)
Tandatangan
Laman web rasmijoebiden.com
Laman web Rumah Putih
Jawatan lain
  • 2001–2003, 2007–2009: Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri Senat
  • 2007–2009: Pengerusi Kaukus Kawalan Narkotik Antarabangsa
  • 1987–1995: Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Senat

Joseph Robinette Biden Jr. (/ˈbdən/ BY-dən; lahir 20 November 1942; Tulisan Jawi: جوسف روبينيت باءيدن جونيئر) merupakan ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46 dan terkini sejak 2021. Seorang ahli Parti Demokrat, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden A.S. ke-47 semasa pentadbiran Barack Obama dari tahun 2009 hingga tahun 2017. Biden mewakili negeri Delaware sebagai Senat Amerika Syarikat dari tahun 1973 hingga tahun 2009.

Dibesarkan di Scranton, Pennsylvania dan Daerah New Castle, Delaware, Biden menuntut di Universiti Delaware sebelum menerima ijazah undang-undang dari Universiti Syracuse pada tahun 1968. Beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Daerah New Castle pada tahun 1970. Beliau menjadi senator keenam termuda dalam sejarah Amerika apabila beliau dipilih ke Senat A.S. mewakili negeri Delaware pada tahun 1972 pada usia 29. Biden ialah ahli lama Jawatankuasa Hubungan Luar Senat dan kemudian menjadi pengerusi. Beliau menentang Perang Teluk pada tahun 1991 dan menyokong memperluaskan pakatan NATO ke Eropah Timur dan campur tangannya dalam Perang Yugoslavia pada tahun 1990-an. Beliau menyokong resolusi yang membenarkan Perang Iraq pada tahun 2002 dan kemudian menentang kemaraan tentera A.S. pada tahun 2007. Beliau juga pernah mempengerusikan Jawatankuasa Kehakiman Senat dari tahun 1987 hingga 1995 yang menangani isu-isu dasar dadah, pencegahan jenayah, dan kebebasan sivil; mengetuai usaha untuk meluluskan Akta Kawalan Jenayah Keganasan dan Penguatkuasaan Undang-undang dan Akta Keganasan Terhadap Wanita termasuk perbicaraan pengesahan Hakim Bersekutu Mahkamah Agung A.S. Robert Bork dan Clarence Thomas. Beliau pernah cuba bertanding untuk pencalonan presiden bagi parti Demokrat pada tahun 1988 dan sekali lagi pada tahun 2008 namun tidak berjaya.

Biden telah dipilih ke Senat untuk tempoh enam penggal. Beliau merupakan senator keempat paling kanan setelah beliau meletak jawatan untuk berkhidmat sebagai naib presiden di bawah pentadbiran Obama selepas mereka berdua memenangi pilihan raya presiden 2008. Pada pilihan raya presiden 2012, mereka dipilih semula untuk berkhidmat satu penggal lagi. Sebagai naib presiden, Biden menyelia perbelanjaan infrastruktur pada tahun 2009 untuk mengatasi krisis ekonomi 2008. Rundingan beliau dengan Kongres Republikan membantu meluluskan akta perundangan termasuk Akta Pelepasan Cukai 2010 yang menyelesaikan kebuntuan cukai. Selain itu, Akta Kawalan Bajet 2011 turut diluluskan yang bertujuan menyelesaikan krisis hutang siling. Akta Pelepasan Pembayar Cukai Amerika 2012 juga diluluskan untuk menangani "tebing fiskal" yang akan berlaku. Biden juga mengetuai usaha untuk meluluskan perjanjian New START Amerika SyarikatRusia dan membantu merumuskan dasar A.S. ke atas Iraq melalui pengunduran tentera A.S. pada tahun 2011. Berikutan insiden tembakan di Sekolah Rendah Sandy Hook, beliau mengetuai Pasukan Petugas Keganasan Senjata. Pada Januari 2017, Biden dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Obama.

Pada April 2019, Biden mengumumkan penyertaannya dalam pilihan raya presiden 2020 dan beliau mencapai jumlah perwakilan yang diperlukan untuk mendapatkan pencalonan bagi parti Demokrat pada Jun 2020.[1] Pada 11 Ogos, beliau memilih Senator Kamala Harris dari California sebagai calon gandingan untuk jawatan Naib Presiden. Biden dan Harris memenangi pilihan raya umum dengan 306 undi elektoral berbanding Donald Trump yang hanya menerima 232. Pada 20 Januari 2021, Biden mengangkat sumpah dan menjadi presiden tertua, presiden pertama dari Delaware dan presiden Katolik kedua. Aktiviti awal beliau sebagai presiden ialah menandatangani undang-undang Akta Pelan Penyelamat Amerika 2021 untuk membantu mempercepatkan pemulihan Amerika Syarikat daripada kesan ekonomi dan kesihatan pandemik COVID-19 dan kemelesetan yang berterusan serta beberapa siri perintah eksekutif. Perintah Biden menangani pandemik itu dan menarik balik beberapa dasar pentadbiran Trump termasuk menyertai semula Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim, menghentikan pembinaan tembok sempadan Trump, menamatkan larangan perjalanan Trump yang dikenakan ke atas kebanyakan negara Islam dan membatalkan permit untuk pembinaan saluran paip Keystone XL.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir bin Mohamad mengatakan bahwa Asia dapat mengharapkan peningkatan hubungan diplomasi dengan AS di bawah pemerintahan baru, Joe Biden, dan mengakhiri "perang dagang konyol" dengan China.[2]

  1. ^ "Biden sah calon Democrat lawan Trump dalam pertarungan Presiden Amerika". Berita Mediacorp SG. 6 Jun 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  2. ^ [Mahathir Yakini Pemerintahan Joe Biden Akan Akhiri "Perang Dagang Konyol" dengan China https://www.kompas.com/global/read/2021/01/14/195426270/mahathir-yakini-pemerintahan-joe-biden-akan-akhiri-perang-dagang-konyol]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search