Blue and White כחול לבן | |
---|---|
Pemimpin | Benny Gantz |
Ditubuhkan | 21 Februari 2019 |
Ibu pejabat | Tel Aviv |
Ideologi | Zionis[1] Liberal[1] Liberal Sosial[2] |
Kedudukan politik | Tengah[3] Big tent[4] |
Anggota parti | Israel Resilience Parti Yesh Atid (2019–2020) Parti Telem (2019–2020) |
Warna | Blue Dark Blue White |
Slogan | Israel before all else. |
Knesset | 15 / 120 |
35 (April 2019) | |
Simbol pilihan raya | |
פה | |
Laman sesawang | |
kachollavan | |
Politik Israel Parti politik Pilihan raya |
Kahol Lavan (Ibrani: כַּחוֹל לָבָן, rumi: Kaḥol Lavan , Arab: أزرق أبيض - "Biru Putih") ialah sebuah pakatan politik di Israel berfahaman sentris[5] dan liberal.[6]
Kelompok ini diasaskan bersama Parti Resilience Israel, Parti Yesh Atid dan Parti Telem[7] sebagai suatu persetujuan untuk menumpaskan Likud pimpinan Benjamin Netanyahu. Ia menyatakan diri mereka merangkumi luas banyak ideologi dan spektrum politik dipegang banyak warganegara Israel.[8]
Selepas pilihan raya Mac 2020, pemimpin Kahol Lavan, Benny Gantz ditugaskan untuk membentuk kerajaan baharu setelah mendapat sokongan daripada majoriti 61 perwakilan Knesset. Kebuntuan untuk menubuhkan kerajaan berlarutan selama 10 bulan yang lalu. Gantz dipilih sebagai Speaker Knesset interim sambil meneruskan rundingan bersama untuk membentuk kerajaan gabungan dengan parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu dan pihak-pihak yang lain. Kesannya adalah perpecahan pakatan Biru dan Putih ini. Pakatan itu berpecah pada 29 Mac 2020, dengan Parti Resilience Israel mengekalkan nama blok Biru dan Putih sementara parti Yesh Atid dan parti Telem meninggalkan pakatan dan membentuk blok neutral di Knesset. Pada 20 April 2020, perjanjian gabungan kerajaan perpaduan ditandatangani bersama dengan parti Likud, di mana Netanyahu akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama 18 bulan pertama manakala Benny Gantz akan dilantik sebagai Perdana Menteri mulai Oktober 2021 untuk tempoh 18 bulan kedua, serta memberikan portfolio Menteri Pertahanan dan Menteri Perhubungan Luar.[9]
Gantz's centrist political party, Blue and White...
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search