Kangar

Kangar
Kangaq
Bandar Kangar
Transkripsi Lain
 • Jawiكاڠر
 • Tamilகங்கார்
Kangar, Perlis
Kangar, Perlis
Mohor rasmi Kangar
Map
Koordinat: 6°26′N 100°12′E / 6.433°N 100.200°E / 6.433; 100.200
Negara Malaysia
Negeri Perlis
Penubuhan Kota Sena1653
Status perbandaran1 Januari 1980
Pentadbiran
 • JenisPihak berkuasa tempatan
 • BadanMajlis Perbandaran Kangar
 • PresidenNorazlan Bin Yahaya
Keluasan
 • Jumlah1.100 km2 (0.425 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah1,146
 • Kepadatan1,000/km2 (2,700/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Kangar (sebutan dalam loghat tempatan: Kangaq; Jawi: كاڠر) merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898 orang (2004). Kangar adalah bandar utama paling utara di Semenanjung Malaysia, terletak di antara Alor Setar dan Padang Besar berhampiran dengan sempadan negara Thailand dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis. Kawasan pusat bandar di Kangar ialah Mukim Sena, yang menerima nama julukan sebagai "Uptown Sena". Ahli parlimen Kangar ialah Y.B. Zakri Hassan, daripada parti BERSATU.[2]

Hari-hari persekolahan dan pentadbiran kerajaan Kangar, Perlis mengikut negeri-negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat dan bukan mengikut Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang beroperasi secara berlainan dan istimewa iaitu pada setiap Ahad hingga Khamis. Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga terletak di bandar ini.

Kereta api ETS juga melalui kawasan Kangar dan Arau dan banyak membantu masyarakat di sana. Perjalanan ke Alor Setar, Pulau Pinang dan Padang Besar ataupun Haadyai dari Arau mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui kereta api berkelajuan pantas dengan kelajuan 140-180km/j. Dengan 4 jam 30 minit juga, kereta api laju ini mampu tiba di Kuala Lumpur dan Gemas iaitu bandar-bandar terakhir perkhidmatan ETS ini.

Radio FM yang tersiar di Kangar mengikut Alor Setar dan Pulau Pinang. IPG Kampus Perlis turut terletak dekat Kangar.

  1. ^ "Banci Malaysia 2020:Mukim/Bandar/Pekan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-706-9. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2024-04-19. Dicapai pada 2023-04-10.
  2. ^ http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr&

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search