Kanji

Kanji atau amilum (daripada Latin: amylum) merupakan bahan karbohidrat kompleks yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai penyimpan tenaga setelah menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil dalam proses fotosintesis. Bahan ini merupakan sejenis polisakarida yang terdiri daripada dua komponen iaitu amilosa dan amilopektin

Perkataan "kanji" pada asalnya merujuk kepada bubur nasi,[1] ia serapan Tamil: கஞ்சி kanci.[2]

  1. ^ "kanji". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ "கஞ்சி". University of Madras Tamil Lexicon. Universiti Chicago. Dicapai pada 23 Mac 2021 – melalui Digital Dictionaries of South Asia.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search