Kapal tempur

Rencana ini ialah mengenai kapal tempur sebagai jenis kapal perang. Lihat juga Permainan kapal tempur.

Kapal perang USS Iowa membedil bertubi-tubi ke arah starboard (kanan)
HMS Dreadnought

Dalam sejarah angkatan laut, kapal tempur merupakan kapal perang yang paling banyak dilengkapi senjata dan perisai. Pada pertengahan abad ke-20 ia dijadikan lapuk oleh kapal induk. Walaupun sesetengah masih terus digunakan untuk membedil sasaran persisiran pantai dan sebagai pelantar peluru berpandu, kapal perang terakhir dibersarakan pada akhir 1990-an.

Nama "kapal tempur" berasal daripada kapal perang layar (ship of the line) taraf-pertama, taraf-kedua, dan taraf-ketiga semasa zaman layar (age of sail). Kapal ini dikenali sebagai "kapal layar baris tempur" (ship of the line of battle), atau diringkaskan sebagai kapal tempur (battleship).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search