Kapal terbang

06 Mac 2011, sebuah kapal terbang yang moden

Kapal terbang (Tulisan Jawi: كاڤل تربڠ) ialah kenderaan pesawat udara dengan sayap tetap dan kuasa yang bergerak ke hadapan oleh tujahan daripada enjin jet, kipas atau enjin roket agar dapat berkeupayaan terbang. Kapal terbang terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk dan tatarajah sayap.

Kenderaan ini digunakan secara meluas dalam segenap tujuan termasuklah untuk rekreasi, pengangkutan orang dan barangan, ketenteraan dan penyelidikan. Lebih daripada empat bilion orang penumpang diterbangkan secara komersial setahun dengan kapal terbang penumpang seluruh dunia[1] dan mengangkut lebih daripada 200 bilion tan-kilometer kargo setahun, iaitu kurang daripada 1% daripada pergerakan kargo sedunia.[2]

Kebanyakan kapal terbang diterbangkan oleh juruterbang, tetapi terdapat beberapa jenis kapal terbang yang boleh dikawal secara jauh atau komputer.

  1. ^ Editors. "Global air traffic hits new record". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mei 2018.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ Crabtree, Tom; Hoang, Tom; Tom, Russell (2016). "World Air Cargo Forecast: 2016–2017" (PDF). Boeing Aircraft. Dicapai pada 12 Mei 2018.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search