Kapas

Sebuah pokok kapas dengan gentian lembut di hujungnya

Kapas (daripada Sanskrit: कर्पास karpāsa[1] melalui Hindi: कपास, rumi: kapās[2]) merupakan gentian lembut yang terdapat di sekeliling biji pokok kapas, pokok renek yang tempatan di kawasan tropika dan sub-tropika kedua-dua Dunia Lama dan Dunia Baru. Gentian ini biasanya dijadikan benang dan digunakan bagi menghasilkan tekstil yang lembut dan telus angin.

Kapas merupakan tanaman bernilai kerana hanya 10% daripada berat kasar hilang setelah diproses. Apabila kesan lilin, protin, dan lain-lain disingkir, bakinya merupakan polimer semulajadi daripada selulus tulin. Selulus ini diatur sebegitu rupa yang memberikan kapas ciri-ciri kekuatan, ketahanan, dan daya penyerap yang unik. Setiap gentian terhasil daripada dua puluh sehingga tiga puluh lapisan selulus terpilin dalam spring semula jadi yang tersusun kemas. Apabila bebola kapas (sarung benih) dibuka gentian tersebut dikeringkan menjadi leper, tergumpal, berbentuk ribon dan menjadi berkait sesama sendiri dan terikat. Bentuk ikatan ini sesuai bagi dipintal menjadi benang yang bagus.

  1. ^ James A. B. Scherer, Cotton as World Power
  2. ^ Hoogervorst, Tom (2018). "Sailors, Tailors, Cooks, and Crooks: On Loanwords and Neglected Lives in Indian Ocean Ports". Itinerario. Research Institute for History, Leiden University. 42 (3): 526. doi: 10.1017/S0165115318000645

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search