Karat

Warna dan tekstur permukaan poros karat

Templat:Steels

Karat atau tahi besi[1] terdiri daripada besi oksida iaitu bahan merah keperangan terbentuk oleh tindak balas besi/ferum yang didedahkan dengan oksigen dengan kehadiran air atau kelembapan udara. Lain-lain bentuk karat wujud, seperti hasil tindak balas antara besi dan klorida dalam persekitaran yang kekurangan oksigen - rebar yang digunakan dalam tiang konkrit bawah air ialah contoh yang menghasilkan karat hijau. Beberapa bentuk karat dibezakan melalui penglihatan dan melalui spektroskopi, dan terbentuk di bawah keadaan yang berlainan[2]. Karat terdiri daripada ferum(III) oksida, Fe2O3·nH2O terhidrat dan ferum(III) oksida-hidroksida, FeO(OH)·Fe(OH)3.

Pada masa yang tertentu, oksigen dan air akan menyebabkan sebarang besi bertukar sepenuhnya menjadi karat dan hancur. Permukaan karat adalah tidak stabil dan rapuh, dan tidak memberikan perlindungan pada besi asas, tidak seperti pembentukan patina pada permukaan tembaga. Berkarat ialah istilah yang biasa bagi karat besi dan aloi, seperti besi keluli. Banyak logam lain mengalami pengaratan yang sama, tetapi oksida yang terhasil biasanya tidak dipanggil karat.

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "besi". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 100. Tahi b. : rust Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ "Interview, David Des Marais". NASA. 6 February 2003.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search