Kazakhstan

Republik Kazakhstan
ريڤوبليک قازاقستان
Қазақстан Республикасы
Qazaqstan Respublikasy
Bendera Kazakhstan
Jata Kazakhstan
Bendera Jata
Lagu kebangsaanMeniñ Qazaqstanım
Ibu negaraNursultan (Astana)
Bandar terbesarAlmaty
Bahasa rasmiBahasa Kazakh, Bahasa Rusia
KerajaanRepublik
• Presiden
Kassym-Jomart Tokayev (Қасым-Жомарт Тоқаев)
Oljas Bektenov (Олжас Бектенов)
Keluasan
• Jumlah
2,724,900 km2 (1,052,100 bt2) (ke-9)
• Perairan (%)
1.7
Populasi
• Perkiraan 2020
18,711,200 orang[1] (ke-64)
7/km2 (18.1/sq mi) (ke-236)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$569.813 billion[2] (ke-41)
$30,178[2] (ke-53)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$179.332 billion[2] (ke-55)
$9,686[2] (ke-69)
Gini (2015)positive decrease 26.9[3]
rendah
HDI (2017) 0.800[4]
sangat tinggi · ke-58
Mata wangTenge
(KZT)
Zon waktu()
• Musim panas (DST)
tiada
Kod panggilan7
Kod ISO 3166KZ
DPT internet.kz
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "HDI_category"

Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстанtr. Qazaqstan, juga dalam tulisan Arab: قازاقستانdisebut [qɑzɑqˈstɑn] Rusia: Казахстанtr. KazakhstanIPA: [kəzɐxˈstan]) atau nama rasminya Republik Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстан Республикасыtr. Qazaqstan RespublikasyRusia: Республика Казахстанtr. Respublika Kazakhstan)[6][7] merupakan negara tanpa laut terbesar, dan negara kesembilan terbesar di dunia dengan keluasan 2,724,900 kilometer persegi (1,052,100 bt2).[6][8] Kazakhstan merupakan negara dengan ekonomi terbesar di Asia Tengah yang menjana 60% KDNK rantau tersebut terutamanya melalui industri minyak dan gas di samping banyak sumber mineral.[9] Ada yang mengatakan Kazakhstan sebagai negara Eropah kerana kawasan Barat Kazakhstan berada di benua Eropah dan memenuhi syarat Majlis Eropah untuk kemasukan ke dalam Eropah.[10]

Kazakhstan secara rasminya merupakan republik unitari sekular demokratik dengan warisan budaya yang pelbagai.[11] Kazakhstan bersempadan dengan RusiaChinaKyrgyzstanUzbekistan, dan Turkmenistan, dan juga sebahagian besar Laut Kaspia. Rupa bumi Kazakhstan termasuk tanah pamah, steppetaigangarai batuanbukit-bukaudelta, gunung-ganang berlitup salji, dan gurun. Kazakhstan mempunuai kira-kira 18 juta orang setakat 2014.[12] Dengan keluasan tanahnya, kepadatan penduduknya adalah antara yang terendah iaitu kurang 6 orang per kilometer persegi. Ibu negaranya Astana, yang berpindah pada 1997 dari Almaty, bandar terbesar negara ini.

Tanah Kazakhstan dahulu diduduki oleh suku nomad Turkik yang keturunan banyak negeri Turkik seperti Kekhaganan Turkik dsb. Pada abad ke-13, tanah tersebut menyertai Empayar Mongol di bawah Genghis Khan. Menjelang abad ke-16, bangkitlah orang Kazakh sebagai suku berbeza yang terdiri daripada tiga jüz (cabang leluhur yang menduduki wilauah tertentu). Rusia mula mara ke dalam steppe Kazakh pada abad ke-18, dan menjelang pertengahan abad ke-19, Rusia menaungi seluruh Kazakhstan dalam empayar. Selepas Revolusi Rusia 1917 diikuti perang saudara, wilayah Kazakhstan disusun semula banyak kali. Pada 1936, ia dijadikan Republik Sosialis Soviet Kazakh dalam Kesatuan Soviet.

Kazakhstan merupakan republik Soviet terakhir yang mengisytiharkan kemerdekaan ketika pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991. Semenjak itu, negara dipimpin oleh Presiden Nursultan Nazarbayev yang disifatkan sebagai autoritarian dengan sejarah penindasan hak asasi manusia.[9] Kazakhstan telah berusaha untuk membangunkan ekonominya, terutama sekali industri hidrokarbon yang dominan.[9] Kazakhstan ada 131 etnik termasuk orang Kazakh (63% penduduk), orang Rusiaorang Uzbekorang Ukraineorang Jermanorang Tatar, dan orang Uyghur.[13] Islam adalah agama yang dianuti oleh 70% populasi dan Kristian pula 26%.[14] Kazakhstan secara rasminya membenarkan kebebasan beragama, tetapi menindas tokoh agama yang menentang kerajaan.[15] Bahasa Kazakh adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Rusia diberi taraf rasmi setara untuk tujuan semua tahap kerajaan dan institusi.[6][16] Kazakhstan adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuWTOCISKesatuan Ekonomi EurasiaCSTOSCOOSCEOIC dan TURKSOY.

  1. ^ "Негізгі". stat.gov.kz. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  2. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2019". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  3. ^ "GINI index (World Bank estimate)". databank.worldbank.org. Bank Dunia. Dicapai pada 3 Februari 2019.
  4. ^ "2018 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Mac 2016. Dicapai pada 15 September 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Казахстан переходит на единый часовой пояс: что нужно знать". zakon.kz (dalam bahasa Rusia). 2024-02-29.
  6. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CIA
  7. ^ Encyclopædia BritannicaKazakhstan: Introduction. Diteria: 7 Jun 2016.
  8. ^ "Agency of Statistics of the Republic of Kazakhstan (ASRK). 2005. Main Demographic Indicators". Stat.kz. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2010. Dicapai pada 1 Jun 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ a b c Zarakhovich, Yuri (27 September 2006). "Kazakhstan Comes on Strong". Time. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  10. ^ "Kazakhstan in Europe: Why Not?". Institute for Security & Development Policy.
  11. ^ "Kazakhstan/Qazaqstan Constitution". Dicapai pada 27 Disember 2016.
  12. ^ "Census2010". Stat.kz. Dicapai pada 1 Jun 2010.
  13. ^ "Перепись населения Республики Казахстан 2009 года. Краткие итоги. (Census for the Republic of Kazakhstan 2009. Short Summary)" (PDF) (dalam bahasa Russian). Republic of Kazakhstan Statistical Agency. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Disember 2010. Dicapai pada 10 Disember 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "The results of the national population census in 2009". Agency of Statistics of the Republic of Kazakhstan. 12 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 21 Januari 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Marcus Goncalves; Erika Cornelius Smith (27 Jun 2016). Eastern European Economies: A Region in Transition. Business Expert Press. m/s. 210–. ISBN 978-1-63157-400-9.
  16. ^ The constitution of KazakhstanCONSTITUTION OF THE REPUBLIC OF KAZAKHSTAN: 1. The state language of the Republic of Kazakhstan shall be the Kazakh language. 2. In state institutions and local self-administrative bodies the Russian language shall be officially used on equal grounds along with the Kazakh language.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search