Kebendaliran lampau

Kebendaliran lampau (Inggeris: superfluidity) ialah satu keadaan jirim di mana jirim berperilaku seperti bendalir dengan sifar kelikatan. Fenomena ini pertama kali diperhatikan dalam helium cecair dan kini, ia mempunyai kegunaan bukan sahaja dalam teori helium cecair, malahan juga dalam astrofizik, fizik bertenaga tinggi dan teori graviti kuantum. Fenomena ini berkaitan, tetapi tidak serupa, dengan pemeluwapan Bose-Einstein: tidak semua hasil pemeluwapan Bose-Einstein boleh dianggap sebagai bendalir lampau, dan tidak semua bendalir lampau adalah hasil pemeluwapan Bose-Einstein.

Rajah 1. Helium II akan "merayap" sepanjang permukaan untuk mencari parasnya – selepas seketika, paras di dalam kedua-dua bekas akan sama. Filem Rollin juga melitupi bahagian dalam bekas yang lebih besar; jika ia tidak ditutup, helium II itu akan merayap keluar dan terlepas.
Rajah 2. Helium cecair ini berada dalam fasa bendalir lampau. Selagi ia kekal dalam bentuk bendalir lampau, ia akan merayap keluar daripada cawan itu dalam bentuk lapisan yang nipis. Ia berkumpul di luar dan membentuk satu titisan yang akan jatuh ke dalam cecair di bawah. Titisan baru akan terbentuk – dan seterusnya – sehingga cawan itu kosong.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search