Kecederaan | |
---|---|
Lutut seseorang diperika dengan bantuan radiografi selepas kecederaan. | |
Pengkhususan | Perubatan kecemasan, traumatologi |
sunting |
Kecederaan, juga dikenali sebagai trauma fizikal, iaitu kerosakan kepada tubuh yang disebabkan oleh kuasa luaran.[1] Ini mungkin disebabkan oleh kemalangan, jatuh, pukulan, senjata, dan punca lain. Trauma utama ialah kecederaan yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kehilangan upaya berpanjangan atau kematian.
Pada tahun 2013, 4.8 juta orang meninggal akibat kecederaan yang serius, dari 4.3 juta pada tahun 1990. Lebih dari 30% dari kematian telah dikaitkan dengan kecederaan berkaitan pengangkutan. Pada tahun 2013, 367,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal akibat kecederaan, menurun dari 766,000 pada tahun 1990.[2] Punca kecederaan 9% dari semua kematian, dan penyebab kematian keenam terkemuka di dunia.[3][4]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search