Kedai kopi

Untuk membincangkan pelbagai perkara dalam projek Wikipedia Bahasa Melayu, sila ke Wikipedia:Kedai Kopi.
"Membincangkan Perang di sebuah Café Paris", The Illustrated London News 17 September 1870

Kedai kopi (Jawi: کداي کوڤي) atau warung kopi (Jawi: واروڠ کوڤي) ialah sebuah tempat yang pada asasnya menyediakan minuman kopi ataupun minuman panas lain. Ia berkongsi beberapa ciri dengan sebuah bar, dan sebuah restoran, tetapi ia berlainan dari sesebuah kafeteria. Ia turut dikenali sebagai kafe (Jawi: کافي) yang berkonotasi menjadi tempat untuk minum-minum yang bukan sahaja kopi, tetapi juga minuman lain termasuk minuman yang beralkhohol. Seperti digambarkan namanya, kedai kopi tertumpu kepada penghidangan minuman kopi dan teh dan juga makanan ringan. Banyak kedai kopi di Timur Tengah dan di kawasan penempatan pendatang Asia Barat di dunia Barat turut menyediakan syisyah (nargile dalam bahasa Turki dan Yunani), dengan variasi perisa yang diadun bersama tembakau lalu dihisap melalui sebuah huqqah.

Dari suatu pengamatan budaya, kedai kopi banyak memberi khidmat sebagai pusat interaksi sosial: kedai kopi dilihat memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkumpul, berbual, menulis, membaca, menghibur satu sama lain, atau membuang waktu, sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search