Keningau

Keningau
كنيڠاءو
Bandar dan Daerah
Pusat Bandar Keningau
Pusat Bandar Keningau
Bendera Keningau كنيڠاءو
Etimologi: Pokok kayu manis
Lokasi daerah dan Bandar Keningau
Lokasi daerah dan Bandar Keningau
Keningau is located in Bumi
Keningau
Keningau (Bumi)
Koordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E / 5.33333°N 116.16667°E / 5.33333; 116.16667Koordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E / 5.33333°N 116.16667°E / 5.33333; 116.16667
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
Perbandaran1 Januari 2022
DaerahKeningau
Pentadbiran
 • BadanMajlis Perbandaran Keningau
 • Pegawai Daerah KeningauPeter Jonu Moinjil
 • MPYang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-STAR) (Keningau)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah173,130
 Populasi keseluruhan bahagian daerah Keningau.
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Not observed
Poskod
89xxx0 to 89xxx9
Kod kawasan087
Nombor platSU
Kawasan KejirananBingkor Tambunan Tenom Kimanis Sook
Tamu MingguanKhamis, Ahad
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/md.kgu www.sabah.gov.my/pd.kgu

Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas.[1] Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.[1]

Bandar ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau bersempadan[2] dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah. Keningau kini dibawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau(Pentadbiran lama) dimana ia mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor, Sook, Nabawan dan Tambunan.

Bandar Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan atau melalui jalanKimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan, ke Sandakan melalui Lebuhraya Keningau-Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau-Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.

Batu Sumpah Keningau yang merupakan ringkasan intipati Perjanjian 20 Perkara Sabah antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Malaysia berdiri disini. Keningau merupakan salah satu pusat kebudayaan KDM karena 90% adalah suku Kadazan-Dusun , Murut , Lundayeh di Keningau.

  1. ^ a b "Daerah Sabah". www.coursehero.com/file/12081502/Daerah-Sabah. Dicapai pada 2020-02-26.
  2. ^ Galeri Sabah Kunak

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search