Kepulauan Falkland

Kepulauan Falkland
کڤولاوان فالکلاند
Bendera Falkland Islands
Jata Falkland Islands
Bendera Jata
Cogan kata"Desire the right"
(Inginkan kebenaran)
Lagu kebangsaan"God Save the Queen
(Tuhan Selamatkan Ratu)
Lokasi Falkland Islands
Ibu negara
dan bandar terbesar
Stanley
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
KerajaanWilayah Seberang Laut British
• Ketua negara
Ratu Elizabeth II
• Gabenor
Nigel Haywood
• Ketua Eksekutif
Keith Padgett[1]
Wilayah Luar Negeri British
• Hari Pembebasan
14 Jun 1982
Keluasan
• Jumlah
12,200 km2 (4,700 bt2) (ke-162)
• Perairan (%)
0
Populasi
• Perkiraan Julai 2005
3,060 (ke-226)
0.25/km2 (0.6/sq mi) (ke-240)
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
AS$75 juta (ke-223)
AS$25,000 (ang. 2002) (tiada)
Mata wangPaun Kepulauan Falkland1
(FKP)
Zon waktu()
• Musim panas (DST)
UTC-3
Kod panggilan500
Kod ISO 3166FK
DPT internet.fk
1 Diikat kepada Paun sterling (GBP).
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"

Kepulauan Falkland (Sepanyol: Islas Malvinas[2]) ialah sebuah kepulauan di selatan Lautan Atlantik, yang terletak 480 km dari persisiran pantai Argentina, 1,080 km di barat Pulau Shag, Georgia Selatan, dan 940 km di utara Wilayah Antartika British (yang bertindih dengan kawasan Antartika yang dituntut oleh Argentina dan Chile). Kepulauan terpencil ini terdiri daripada dua pulau utama, iaitu Pulau Barat dan Pulau Timur, dan 776 pulau kecil yang lain.[3] Stanley, yang terletak di Pulau Timur, ialah ibu negaranya. Kepulauan ini ialah sebuah Wilayah Luar Negeri British yang mempunyai pemerintahan sendiri tetapi dituntut oleh Argentina sejak penubuhan semula pemerintahan British pada tahun 1833.[4]

Dalam usaha memenuhi tuntutan ini pada tahun 1982, kepulauan ini ditakluki Argentina yang mencetuskan Perang Falkland selama dua bulan di antara Argentina dan United Kingdom. Di dalam perang yang tidak diisytiharkan itu, tentera Argentina menerima kekalahan dan terpaksa berundur. Sejak peperangan itu, kegiatan ekonomi seperti perikanan dan pelancongan berkembang pesat. Penduduk kepulauan ini diberikan kewarganegaraan penuh British (sejak Akta Kerakyatan British (Kepulauan Falkland) 1983) dan di bawah undang-undang Argentina pula layak menerima kerakyatannya juga. Namun begitu, penduduk pulau ini menolak kedaulatan Argentina.[5] Ramai penduduknya berasal daripada peneroka-peneroka berketurunan Scotland yang berhijrah ke pulau ini pada awal abad ke-19.

  1. ^ "Kerajaan Kepulauan Falkland melantik Ketua Eksekutif baru". Kerajaan Kepulauan Falkland. 30 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-07. Dicapai pada 2008-09-16.
  2. ^ "Falklands: las (islas) Malvinas". Kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Sepanyol (dalam bahasa Inggeris). WordReference. Dicapai pada 2008-09-16.
  3. ^ "Kepulauan: Lokasi". Laman web rasmi kerajaan Kepulauan Falkland (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-28. Dicapai pada 2008-09-16.
  4. ^ "Asal usul pertikaian kedaulatan" (dalam bahasa Inggeris). Kementerian Hubungan Luar Argentina. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-31. Dicapai pada 2008-09-16.
  5. ^ "Profil Negara: Kepulauan Falkland - Kedaulatan ke atas Kepulauan ini". Negara dan Wilayah. Pejabat Luar Negara dan Komanwel (FCO) UK. 27 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-19. Dicapai pada 2008-09-16.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search