Kepulauan Ryukyu

Kedudukan Kepulauan Ryukyu

Kepulauan Ryukyu (琉球諸島, Ryūkyū-shotō), juga dikenali sebagai Kepulauan Nansei (南西諸島, Nansei-shotō, Kepulauan Barat Daya),[1] ialah gugusan kepulauan di bahagian barat Lautan Pasifik, bahagian timur Laut China Timur hingga ke barat daya pulau Kyūshū di Jepun. Sejak tahun 1829 hingga pertengahan abad ke-20, kepulauan ini dikenali sebagai Luchu, Loochoo atau Lewchew sempena sebutan kepada bahasa Mandarin iaitu Liúqiú. Kepulauan Ryukyu terbentang ke arah barat daya dari pulau Kyūshū ke jarak 120 kilometer (75 bt) dari pulau Taiwan.

Dari segi pentadbiran, kepulauan ini dibahagi kepada Kepulauan Satsunan di utara yang tergolong dalam Wilayah Kagoshima dan Ryūkyū Shotō di selatan yang tergolong dalam Wilayah Okinawa, Jepun. Pulau Yoron ialah pulau paling selatan di kalangan Kepulauan Satsunan manakala Yonaguni adalah yang paling selatan dalam seluruh kepulauan Ryukyu. Pulau Ryukyu yang terbesar ialah Pulau Okinawa.

Kepulauan ini beriklim subtropika dan mengalami musim sejuk yang dingin dan musim panas yang hangat. Kerpasannya amat tinggi dan dipengaruhi oleh musim tengkujuh dan taufan.

  1. ^ Tsuneyoshi, Ukita (1993). Nihon-dai-chizuchō (Grand Atlas Japan). Heibonsha. ISBN 4-582-43402-9.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search