Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan Negeri Johor
Intisari agensi
Dibentuk14 April 1895 (1895-04-14)
Bidang kuasa
 Johor
Ibu pejabatKota Iskandar
79503 Iskandar Puteri
Belanjawan tahunanRM1.958 bilion (2022)[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
Agensi induk
Kerajaan Malaysia
Laman sesawang
Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan Negeri Johor merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Johor. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, undang-undang tertinggi di Johor. Kerajaan Johor berpusat di pusat pentadbiran negeri, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.[2]

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Negeri Johor adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua kerajaan Johor ialah Menteri Besar. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia ialah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.[3][4]

  1. ^ Belanjawan Johor 2022
  2. ^ Dr Sahruddin mula tugas secara rasmi sebagai MB Johor
  3. ^ Jeong Chun Hai @ Ibrahim, & Nor Fadzlina Nawi. (2012). Principles of Public Administration: Malaysian Perspectives. Kuala Lumpur: Pearson Publishers. ISBN 978-967-349-233-6
  4. ^ "Constitution of Malaysia" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-05-14. Dicapai pada 2020-05-10.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search