Kerajaan Perikatan Nasional

Kerajaan Perikatan Nasional
campuran
Logo rasmi Kerajaan Campuran, Kerajaan Perikatan Nasional sebelum didaftarkan sebagai parti politik rasmi pada bulan Ogos 2020
Tempoh pemerintahan2 Mac 2020 - 10 Oktober 2022
DigantikanKerajaan Perpaduan
Maklumat am
Gabungan memerintah
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob

Kerajaan Perikatan Nasional adalah merupakan kerajaan campuran ketiga selepas Parti Perikatan bergabung bersama Parti Rakyat Bersatu Sarawak pada tahun 1969 dan Pakatan Harapan bergabung bersama Parti Warisan Sabah pada tahun 2018 dan ditubuhkan sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia melalui sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, kumpulan bekas pimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat yang diketuai bekas Timbalan Presidennya, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, Parti Bersatu Sabah dan seorang Ahli Parlimen Bebas dengan majoriti tipis dan menjadikan ia sebagai sebuah kerajaan minoriti yang mempunyai majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan berbeza dengan dua parti gabungan terdahulu yang membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum.[1]

Ia terbentuk selepas perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7 , Mahathir Mohamad selepas beliau mendakwa tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk terus menjawat jawatan Perdana Menteri.[2]

Pada awalnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri ke-8 untuk menubuhkan kerajaan campuran Perikatan Nasional selepas menjawat sebagai Perdana Menteri interim. Namun, beliau tidak bersetuju kerana perlu menerima UMNO secara enam blok yang mana turut melibatkan sokongan oleh Najib Razak yang beliau tuduh sebagai seorang kleptokrat. Beliau tidak mahu menerima pemimpin dalam UMNO yang sedang dibicarakan di mahkamah dan hanya menerima pemimpin yang bersih dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.[3]

Pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 telah dibuat kemudiannya dan telah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat Malaysia dan menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui undian para Ahli Dewan Rakyat yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 dan tanpa menang sebagai sebuah parti gabungan dalam sebuah pilihan raya umum di Malaysia.[4]

Ia merupakan sebuah sejarah baharu dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang telah menyaksikan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 selama 22 bulan berakhir setelah perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan digantikan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang sebahagiannya memenangi dan sebahagiannya lagi tewas dalam pilihan raya umum tersebut.

Parti Perikatan Nasional didaftarkan pada 7 Ogos 2020 bagi mengesahkan pembentukan kerajaan campuran Perikatan Nasional.[5]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search