Keruntuhan jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim

Keruntuhan jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim
Tarikh31 Julai 1988 (1988-07-31)
Masa4:40 petang WPM
LokasiButterworth, Pulau Pinang, Malaysia
Koordinat5°23′41″N 100°21′51″E / 5.3947°N 100.3641°E / 5.3947; 100.3641Koordinat: 5°23′41″N 100°21′51″E / 5.3947°N 100.3641°E / 5.3947; 100.3641
PenyebabKegagalan struktur konkrit, muatan berat
Kematian32
Kecederaan1,543[a]

Keruntuhan jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim ialah kejadian runtuhan jambatan yang berlaku pada petang 31 Julai 1988 di Butterworth, Pulau Pinang.[3] Seramai 32 orang maut dan 1,634 lagi cedera apabila Pangkalan Sultan Abdul Halim telah runtuh akibat jumlah muatan yang berlebihan. Kesesakan lalu lintas yang teruk di pangkalan itu kerana terdapat dua perayaan serentak yang melibatkan kaum Cina, menjadi penyumbang kepada kejadian.[4]

Menteri Pengangkutan Ling Liong Sik berjanji akan mengadakan siasatan penuh dan terbuka untuk menentukan puncanya, dengan Ketua Menteri Lim Chong Eu berjanji untuk membantu mangsa melalui tabung kebajikan.[5] Kejadian itu ialah salah satu daripada tiga rentetan bencana dalam dekad 1980-an semasa pentadbiran Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat, dua lagi ialah pencemaran radioaktif Bukit Merah 1982 dan kebakaran Madrasah Kedah 1989.

  1. ^ Marina Emmanuel (14 September 2014). "Rising above tragedies, together". New Straits Times. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  2. ^ Mustafa K. Anuar (6 Januari 2021). "Speedboats no replacement for Penang heritage". Aliran. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  3. ^ "Tragedi 31 Julai 1988, runtuhnya terminal feri Pulau Pinang". UtusanTV. 29 Disember 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  4. ^ "The day the jetty platform collapsed and killed 32". The Star Online. 1 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 18 Ogos 2022.
  5. ^ "Jetty collapse kills at least 31 people". United Press International. 31 Julai 1988. Dicapai pada 20 Ogos 2021.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search