Kesatuan hipostatik

Kesatuan atau persatuan hipostatik (daripada bahasa Yunani: ὑπόστασις hipostasis, "diri, persona, peribadi") ialah istilah teologi Kristian yang digunakan dalam Kristologi bagi kesatuan sifat manusia dan ilahi Yesus Kristus dalam satu hipostasis, atau persona.[1]

Dalam bahasa mudah, konsep kesatuan hipostatik menyatakan bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan sepenuhnya dan manusia sepenuhnya. Dia tuhan seluruhnya dan manusia seluruhnya secara serentak, mempunyai dua sifat dalam satu.

Pengakuan Iman Athanasia bersaksi ke atas doktrin ini dan menegaskan kepentingannya dengan mengucap, "Dia ialah Tuhan daripada zat Bapa, diperanakkan sebelum masa; dan Dia ialah manusia daripada zat ibunya, dilahirkan pada waktunya; Tuhan sepenuhnya, manusia sepenuhnya, dengan jiwa rasional dan daging manusia; setara dengan Bapa dalam ketuhanan, lebih rendah daripada Bapa dalam kemanusiaan. Walaupun dia Tuhan dan manusia, Kristus tetap bukan dua tetapi satu. Dia satu bukan kerana ketuhanannya menjadi daging tetapi kerana Tuhan menjadi manusia. Dia adalah satu, bukan kerana zatnya bercampur tetapi kerana kesatuan peribadinya. Kerana sebagaimana satu manusia ialah kedua-dua jiwa rasional dan daging, begitu jugalah Kristus adalah kedua-dua Tuhan dan manusia."

  1. ^ Chafer, L. S. (1947, cetakan semula 1993). God the Son: The Hypostatic Union. Systematic Theology. m/s 382–384. ISBN 0-8254-2340-6 (Google Books)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search