Kesultanan Johor-Riau

Kesultanan Johor-Riau
کسلطانن جوهر رياو
1528–1855


Bendera
Atas: (~1855)
Bawah: (1855–1865)
Peta menunjukkan bahagian Empayar Johor sebelum dan selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dengan Kesultanan Johor pascapemisahan ditunjukkan dengan warna ungu cerah, di hujung Semenanjung Melayu[1]
Peta menunjukkan bahagian Empayar Johor sebelum dan selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dengan Kesultanan Johor pascapemisahan ditunjukkan dengan warna ungu cerah, di hujung Semenanjung Melayu[1]
Ibu negara
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu Klasik
Agama
Islam, Ahli Sunah Waljamaah
KerajaanRaja mutlak, monarki
Sultan 
• 1528–1564
Sultan Alauddin Riayat Shah II(pertama)
• 1812–1830
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (pemerintah rasmi terakhir)
• 1819 – 1835
Sultan Hussain Shah (Pemerintah boneka)
• 1835 – 1855
Sultan Ali Iskandar Shah (sultan terakhir Johor-Riau)
Bendahara 
• 1513–1520
Tun Khoja Ahmad (pertama)
• 1806–1857
Tun Ali (akhir)
Sejarah 
• Didirikan
1528
• Dibubarkan
1855
Mata wangJongkong timah, emas and syiling perak
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Pahang
Kesultanan Siak
Kesultanan Riau-Lingga
Negeri-Negeri Selat
Johor Moden
Kesultanan Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan Lama
Kerajaan Pahang
Sekarang sebahagian dariMalaysia
Singapura
Indonesia

Kesultanan Johor-Riau (Jawi: کسلطانن جوهر رياو), turut dikenali sebagai Kesultanan Johor Lama, Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang dan Empayar Johor, ialah sebuah kesultanan Melayu yang diasaskan oleh putera Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II pada 1528. Johor ialah sebahagian daripada Kesultanan Melaka sebelum Portugis menakluk ibu kota Melaka pada 1511. Dengan penguasaannya, kesultanan ini memerintah kawasan yang kini merupakan Johor, Pahang, Terengganu, dan kawasan yang terbentang dari Sungai Klang ke Sungai Linggi (merangkumi Selangor dan luak-luak di Negeri Sembilan kini), Tanjung Tuan (Melaka), Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Karimun, pulau-pulau di Bintan, Bulang, Lingga dan Bunguran, dan Bengkalis, Kampar dan Siak di Sumatera.[2] Semasa zaman penjajahan, kawasan tanah besar ditadbir oleh British, manakala bahagian kepulauan ditadbir oleh Belanda, menyebabkan pemecahan kesultanan kepada Johor dan Riau. Pada 1946, bahagian yang ditadbir British menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudiannya, ia menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1949, bahagian yang ditadbir Belanda pula menjadi sebahagian daripada Indonesia.

  1. ^ Turner, Peter; Hugh Finlay (1996). Malaysia, Singapura dan Brunei. Lonely Planet. ISBN 978-0-86442-393-1.
  2. ^ Winstedt, R. O. (1992). A history of Johore, 1365–1895. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. m/s. 36. ISBN 983-99614-6-2.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search