Khalsom binti Abdullah

Enche’ Besar Hajah Khalsom
Yang Amat Mulia Enche' Besar
Gambar kerabat Diraja Johor, kelihatan Josephine Trevorrow yang berdiri tiga dari kanan
Isteri Tunku Mahkota Johor
Tempoh8 Mei 1959 - 9 Jun 1962
Didahului olehUngku Aminah
Diikuti olehTengku Zanariah
KeputeraanJosephine Ruby Trevorrow
(1935-12-02)2 Disember 1935
Romford, Essex, England (United Kingdom)
Kemangkatan1 Jun 2018(2018-06-01) (umur 82)
Hospital Raja Edward VII, London, England (United Kingdom)
Pemakaman6 Jun 2018
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
SuamiTunku Mahmood Iskandar (k. 1956; c. 1962)
Anakanda
Butiran
Nama penuh
Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah
KerabatJohor
AyahandaReginald George Trevorrow
BondaRuby May Alderman
AgamaIslam
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "death_cause"

Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (lahir Josephine Ruby Trevorrow; 2 Disember 1935 – 1 Jun 2018)[1] merupakan seorang rakyat Britain.[2] Beliau adalah isteri pertama kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan Johor era moden ke-4.

Sultan Iskandar telah mengenalinya ketika baginda sedang melanjutkan pelajaran di Britain. Josephine akhirnya telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar (ketika itu baginda bergelar Tunku Mahmood Iskandar) pada 5 Januari 1956 dan menukar namanya kepada Khalsom binti Abdullah.[3] Suaminya telah dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959, beliau kemudiannya dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Khalsom binti Abdullah. Pada 1962 setelah bercerai, beliau telah kembali menetap di England. Beliau bagaimanapun sempat bermadu dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad yang juga merupakan kerabat diraja Kelantan, yang dinikahi Sultan Iskandar pada tahun 1961.[4]

Setelah lama bermaustatin di London, beliau kembali ke Johor untuk menghadiri istiadat pemakaman bekas suaminya. Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor yang ke-52 tahun, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) dan gelaran kebesaran Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, D.K. , S.M.I.J.[5]

  1. ^ johor15 www.royalark.net
  2. ^ Facts on File Yearbook, terbitan Facts on File, Inc., 1957, Frasa: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
  3. ^ Morais (1967), m/s 198
  4. ^ The Who's who in Malaysia (1967), m/s 198
  5. ^ "Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan gelaran "Yang Amat Mulia Enche' Besar" ke atas bonda baginda, Hajah Khalsom Abdullah". mStar. 22 November 2010.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search