Khulafa al-Rasyidin

Khulafa al-Rasyidin
الخلافة الراشدة
632–661
Khulafa al-Rasyidin mencapai kemuncak bawah pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan (رضي الله عنه), pada 654.
Khulafa al-Rasyidin mencapai kemuncak bawah pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan (رضي الله عنه), pada 654.
Ibu negaraMadinah (632–656)
Kufah (656–661)
Bahasa yang umum digunakanArab Klasik (rasmi), Bahasa Aramia/Syriak, Armenia, Baloch, Barbar, Koptik, Georgia, Greek, Parsi Tengah, Kurdis, Vulgar Latin, Prakrit, Bahasa Semitik, Iran
Agama
Islam
KerajaanKhilafah
Khalifah 
• 632–634
Abu Bakar as-Siddiq (pertama)
• 634–644
Umar bin al-Khattab
• 644–656
Uthman bin Affan
• 656–661
Ali Abi Talib (terakhir)
Sejarah 
• Didirikan
8 Jun 632
• Dibubarkan
28 Julai 661
Keluasan
655[1]6,400,000 km2 (2,500,000 bt2)
Populasi
• 
21,400,000
Mata wangDinar, Dirham
Didahului oleh
Diganti oleh
Muhammad
Byzantine
Empayar Sassanid
Exarch Afrika
Arab Pra-Islam
Kerajaan Bani Umaiyah
Amirul Mukminin (أمير المؤمنين), Khalifah (خليفة)

Khulafa al-Rasyidin (الخلافة الراشدة al-Khilãfah ar-Rãšidah) merupakan yang pertama daripada lima khilafah utama yang ditubuhkan selepas kematian Nabi Muhammad. Tampuk kepimpinan dipegang oleh empat khalifah selepas kewafatan baginda pada 632 M (11 H). Mereka kemudiannya dikenali dalam golongan Sunni sebagai Rasyidun iaitu "yang mendapat petunjuk". Istilah ini tidak digunakan oleh golongan Syiah kerana mereka menganggap tiga khalifah pertama sebagai tidak sah.[2]

Sistem syura, perbincangan para sahabat menjadi salah satu daripada tonggak kerajaan sebelum melaksanakan keputusan.[3][4] Era pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dibahagikan kepada perkembangan mendadak dalam tempoh 25 tahun dan lima tahun konflik dalaman. Tentera Rasyidin sewaktu kemuncak kerajaan mempunyai lebih daripada 100,000 orang. Menjelang tahun 650-an, khilafah telah merangkumi Semenanjung Tanah Arab, Syam, Transcaucasus di utara, Afrika Utara dari Mesir ke Tunisia hari ini di barat dan kawasan plateau Iran ke Asia Tengah dan Asia Selatan di timur. [5]

  1. ^ Rein Taagepera (September 1997). "Expansion and Contraction Patterns of Large Polities: Context for Russia". International Studies Quarterly. 41 (3): 495. doi:10.1111/0020-8833.00053. JSTOR 2600793.
  2. ^ Sowerwine, James E. (May 2010). Caliph and Caliphate: Oxford Bibliographies Online Research Guide (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press, USA. m/s. 5. ISBN 9780199806003.
  3. ^ Border crossings: toward a comparative political theory By Fred Reinhard Dallmayr
  4. ^ Tamadun Islam oleh Mustafa Hj. Daud, halaman 96.
  5. ^ Islam & demokrasi oleh Abdul Hadi Awang (Haji.), halaman 164.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search