Kitab Maleakhi

Kitab Maleakhi adalah salah satu kitab dalam Perjanjian Lama yang termasuk dalam kitab nabi-nabi kecil . [1] Buku ini adalah kitab terakhir dalam Perjanjian Lama. [1] Kitab Maleakhi juga merupakan kitab terakhir nabi-nabi kecil. [2] Ini menyebabkan Maleakhi dianggap sebagai suara terakhir dalam Perjanjian Lama. [1] Secara tradisinya, buku ini dipercayai telah ditulis oleh seorang lelaki bernama Maleakhi . [1] Buku ini juga membincangkan sekali lagi tentang Musa dan juga berkaitan dengan nabi Elia . [2] Konteks kitab Maleakhi boleh dikatakan sama dengan konteks kitab Hagai. [1] Ini kerana Maleakhi dan Hagai mempunyai garis masa yang rapat. [1]

  1. ^ a b c d e f (Indonesia) Frank M. Boyd. 2006. Kitab nabi-nabi kecil. Jawa timur: Gandum Mas. Hlm 147-168.
  2. ^ a b (Inggeris) David Noel Freedman. 2000. Eerdmans Dictionary of The Bible. Grand Rapids, Michigan: Wm B. Eerdmans. Hlm 848-849.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search