Konfederasi Gaya

Konfederasi Gaya
가야 (加倻)
42–562
Peta yang menunjukkan anggaran lokasi Gaya dengan Silla dan Baekje
Peta yang menunjukkan anggaran lokasi Gaya dengan Silla dan Baekje
Bahasa yang umum digunakanBahasa Gaya
Agama
Agama Buddha, Kepawangan
KerajaanMonarki
• 42–199
Suro
(pertama, Geumgwan)
• ?-562
Doseolji
(terakhir, Dae)
Era SejarahPurba
• Pengasasan
42
• Penyerahan kepada Silla
562
Didahului oleh
Diganti oleh
Konfederasi Byeonhan
Silla
Baekje
Sekarang sebahagian dariKorea Selatan
Konfederasi Gaya
Tembikar berbentuk itik dari Gaya, abad ke-5 atau ke-6.
Nama Korea
Hangul가야
Hanja atau
Perumian SemakanGaya
McCune–ReischauerKaya

Gaya (Hangul가야; Hanja加倻; RRGaya, sebutan bahasa Korea: [ka.ja]; Jawi: كاي) ialah gabungan wilayah-wilayah tatanegara Korea di lembah Sungai Nakdong di selatan Korea,[1] berkembang daripada konfederasi Byeonhan pada zaman Samhan.

Zaman tradisional yang digunakan oleh sejarawan untuk kronologi Gaya adalah 42–532 Masihi. Menurut bukti arkeologi pada abad ketiga dan keempat, beberapa buah kota-kota Byeonhan berkembang menjadi konfederasi Gaya, yang kemudian diilhak oleh Silla, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Tatanegara individu yang membentuk konfederasi Gaya telah dicirikan sebagai negara kota kecil.[2] Bahan tinggalan budaya Gaya terutamanya terdiri daripada pengebumian dan kandungan barang-barang jenazah yang telah digali oleh ahli arkeologi. Ahli arkeologi menafsirkan bahawa tanah perkuburan yang dibina pada akhir abad ketiga dan awal abad keempat seperti Daeseong-dong di Gimhae dan Bokcheon-dong di Busan sebagai tanah perkuburan diraja Gaya.[3]

  1. ^ (2001). Kaya. In The Penguin Archaeology Guide, edited by Paul Bahn, pp. 228–229. Penguin, London.
  2. ^ Barnes, Gina L. (2001). Introducing Kaya History and Archaeology. In State Formation in Korea: Historical and Archaeological Perspectives, pp. 179–200. Curzon, London.
  3. ^ Barnes 2001:188–198.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search