Kontrak sosial (Malaysia)

Untuk teori falsafah, lihat kontrak sosial; untuk dasar politik, lihat Kontrak Sosial (Ontario) atau Kontrak Sosial (Britain).

Kontrak sosial dalam konteks politik Malaysia difahamkan sebagai pendalaman mengenai Perlembagaan negara tersebut di mana dinyatakan adanya satu persetujuan di kalangan pemimpin atau kumpulan elit tertentu dan merupakan secara beri ganti atau quid pro quo melalui Perkara 14–1100000 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Keadaan ini tidak berlaku di Sarawak kerana semua kumpulan kaum adalah warganegara, yang diberikan oleh pemerintah Brooke yang sah, jauh sebelum penubuhan Malaysia.

Konsep ini sangat dipertelingkahkan sebagai suatu cara membenarkan layanan tidak adil kepada masyarakat bukan Melayu di Malaysia oleh pihak kerajaan di bawah tanggapan Ketuanan Melayu, namun ia sangat dinafikan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang sangat berpengaruh sepanjang sejarah Malaysia. Malah, ada juga cendekiawan yang menyatakan bahawa istilah "kontrak sosial" itu langsung tidak wujud secara langsung dalam perlembagaan Malaysia - pengungkapan ini sendirinya datang daripada ucapan seorang wartawan dan ahli politik UMNO Abdullah Ahmad pada tahun 1986.[1] Ungku Abdul Aziz, cendekiawan dan ahli ekonomi Malaysia sendiri mengkritik pengungkapan kefahaman kontrak tersebut yang seakan benar sedangkan ia menurutnya "satu fantasi yang diwujudkan oleh ahli-ahli politik bergantung kepada kepentingan mereka".[2]

  1. ^ Fatimah Zainal; Chung, Clarrisa (24 Mac 2019). "Experts: 'Social contract' never in the Constitution". The Star. Dicapai pada 2 Mei 2020.
  2. ^ Rahmah Ghazali Sabri; Abdul Rahim (11 Mei 2008). "Kontrak sosial tidak wujud, kata Ungku Aziz". Malaysiakini. Dicapai pada 13 Julai 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search