Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum

ICERD
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination[1]
Ditandatanganidi New York[2]
Berkuat kuasa
4 Januari 1969[2]
Syarat27 pengesahan[3]
Penandatangan88[2]
Pihak179[2]
Pemegang simpanan
Setiausaha Agung PBB[4]
[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Membership of the Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination
Keanggotaan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum:
  Mengakui kecekapan di bawah Perkara 14
  Tidak mengakui kecekapan di bawah Perkara 14
  Ditandatangani tetapi tidak disahkan
  Tidak ditandatangani ataupun disahkan

Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD, akronim bahasa Inggeris: International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) ialah sebuah konvensyen (perjanjian) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai sebuah hak asasi manusia generasi ketiga, Konvensyen tersebut meminta anggotanya untuk menghapuskan diskriminasi terhadap kaum dan menggalakkan kesefahaman di antara semua kaum.[5] Namun, Konvensyen ini juga menghendaki ahli anggota untuk mengharamkan ucapan benci (hate speech) dan menjenayahkan penyertaan dalam organisasi perkauman.[6]

Konvensyen ini juga mengandungi sebuah mekanisme aduan berindividu, menjadikannya dapat dikuatkuasakan terhadap anggotanya dengan berkesan. Ini telah menyebabkan pembangunan perundangan terhad terhadap tafsiran dan pelaksanaan Konvensyen ini.

Konvensyen ini telah diterima pakai dan dibuka untuk ditandatangani oleh Perhimpunan Agung PBB pada 21 Disember 1965,[7] dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Pada Januari 2018, ia mempunyai 88 penandatangan dan 179 anggota.[2]

Konvensyen ini dipantau oleh Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD).

  1. ^ "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD)". Office opf The High Commissioner for Human Rights. UN. Dicapai pada 28 Julai 2014.
  2. ^ a b c d e "Parties to the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination". United Nations Treaty Collection. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-11. Dicapai pada 2018-11-01.
  3. ^ ICERD, Article 19.
  4. ^ ICERD, Article 18.
  5. ^ ICERD, Article 2.1
  6. ^ ICERD, Article 4.
  7. ^ United Nations General Assembly Resolution 2106 (XX), 21 December 1965.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search