Kordat

Chordata
Julat zaman:
TerreneuvianKini,
Ikan keli kaca (Kryptopterus vitreolus) ialah salah satu kordata yang mempunyai tulang belakang yang boleh dilihat dari luar. Saraf tunjangnya berada di dalam tulang belakangnya.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Klad: ParaHoxozoa
Klad: Bilateria
Klad: Nefrozoa
Superfilum: Deuterostomia
Filum: Chordata
Haeckel, 1874[1][2], Bateson, 1885
Kelas

Lihat di bawah

Chordata (bahasa Melayu: kordat[3][sumber lebih baik diperlukan]) ialah filum haiwan merangkumi kelompok Vertebrata yang bertulang belakang dengan beberapa invertebrata (tidak bertulang belakang) yang berkait rapat. Nama filum ini dijejakkan kepada perkataan bahasa Yunani χορδή khorde yang bermaksud "tali" dipakai kepada struktur keras pada belakang haiwan-haiwan dalam filum (chorda dorsalis),[4][5] haiwan-haiwan dalam filum juga mempunyai tunjang saraf yang berongga dan liang-liang di farinks.[6] Filum Kordata dipecahkan kepada tiga subfilum: Urochordata, Cephalochordata, dan Vertebrata.[7] Sesetengah saintis menganggap Hemichordata sebagai subfilum kordata keempat, tetapi biasanya ia dianggap filum berbeza. Larva urochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi ia hilang apabila dewasa. Cephalochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi bukan Vertebrata. Dalam kesemua vertebrat kecuali bagi Hagfish, untaian saraf beronggal dorsal telah diselitupi dengan rawan (cartilaginous) atau vertebrat bertulang dan notochord mengecut dengan banyaknya.

Kordata dan tiga saudara filum, hemichordate, echinoderm dan xenoturbellida, membentuk deuterostomes, iaitu superfilum. Kordata adalah filum terbesar dikalangan deuterostomes.

Kaitan antara kumpulan luas kordata ditunjukkan dalam gambarajah pokok filogenetik di bawah. Kebanyakan taksonomi(kiatgolong) disenaraikan tidak padan dengan kelas traditional disebabkan beberapa kelas tersebut adalah paraphyletik. Cubaan berbeza bagi menyelaras kepelbagaian clade kordata kepada kumpulan lebih kecil, sesetengahnya dengan dan sesetengahnya tanpa taksa paraphyletik, telah meletakkan pengelasan vertebrat dalam keadaan huru-hara (state of flux). Juga, kaitan sesetengah kumpulan kordata tidak difahami dengan baik.

  1. ^ Haeckel, E. (1874). Anthropogenie oder Entwicklungsgeschichte des Menschen. Leipzig: Engelmann.
  2. ^ Nielsen, C. (July 2012). "The authorship of higher chordate taxa". Zoologica Scripta. 41 (4): 435–436. doi:10.1111/j.1463-6409.2012.00536.x. S2CID 83266247.
  3. ^ "Carian Umum". prpm.dbp.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-02-12. Dicapai pada 2025-02-12.
  4. ^ Jordan & Verma 2010, m/s. 1.
  5. ^ Wake, D. B. (1979). "The endoskeleton: The comparative anatomy of the vertebral column and ribs" (PDF). Dalam Wake, M. H. (penyunting). Hyman's Comparative Vertebrate Anatomy. Chicago, Illnois, AS: University of Chicago Press. m/s. 192.
  6. ^ Jordan & Verma 2010, m/s. 2.
  7. ^ Jordan & Verma 2010, m/s. 6.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search