Korea Selatan

Koordinat: 36°N 128°E / 36°N 128°E / 36; 128

Republik Korea
ريڤوبليك كوريا
대한민국
大韓民國
Bendera Korea Selatan
Lambang Korea Selatan
Bendera Lambang
Lagu kebangsaanAegukga (애국가; 愛國歌)
("Lagu Cinta Negara")
Tanah yang dikawal oleh Korea Selatan yang ditunjukkan dalam hijau gelap; didakwa tetapi tanah yang tidak dikawal ditunjukkan dalam hijau muda
Tanah yang dikawal oleh Korea Selatan yang ditunjukkan dalam hijau gelap; didakwa tetapi tanah yang tidak dikawal ditunjukkan dalam hijau muda
Ibu negara
dan bandar terbesar
Seoul
37°33′N 126°58′E / 37.550°N 126.967°E / 37.550; 126.967
Bahasa rasmiKorea
Inggeris
Bahasa isyarat Korea
Tulisan rasmiHangul
Kumpulan etnik
Sebahagian besarnya orang Korea. Tiada statistik rasmi [a]
Agama
KerajaanRepublik berpresiden
• Presiden
Yoon Suk-yeol (윤석열 ; 尹錫悅)
Kim Boo-kyum (김부겸 ; 金富謙)
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Penubuhan
3 Oktober 2333 SM
18 sm
• Kerajaan Utara-Selatan
698
• Goryeo
918
• Joseon
1392
1 Mac 1919
13 April 1919
15 Ogos 1945
17 Julai 1948
15 Ogos 1948
Keluasan
• Jumlah
100,363 km2 (38,750 bt2) (ke-107)
• Perairan (%)
0.3 (301 km2 / 116 mi2)
Populasi
• Perkiraan 2019
58,773,311 orang[4] (ke-31)
493/km2 (1,276.9/sq mi) (ke-12)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$2.241 trilion[5] (ke-14)
$43,212[5] (ke-29)
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$1.699 trilion[5] (ke-11)
$32,766[5] (ke-28)
Gini (2019)positive decrease 19.8[6]
rendah
HDI (2019) 0.916[7]
sangat tinggi · 22
Mata wangWon Republik Korea (₩)
(KRW)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Korea)
• Musim panas (DST)
UTC+9 (tiada)
Format tarikhtttt년 bb월 hh일
tttt/bb/hh (CE)
Arah memandukanan
Kod panggilan+8
Kod ISO 3166KR
DPT internet
  1. Sistem telefon mudah alih CDMA, WCDMA, HSDPA dan WiBro
  2. Bekalan kuasa domestik 220V/60 Hz, soket CEE 7/7
Korea Selatan
Nama Korea Selatan
Hangul
Perumian SemakanNamhan
McCune–ReischauerNamhan
Nama Korea Utara
Hangul
Perumian SemakanNamjoseon
McCune–ReischauerNamchosŏn
Korea
Nama Korea Selatan
Hangul
Perumian SemakanHan(-)guk
McCune–ReischauerHan’guk
Nama Korea Utara
Hangul
Perumian SemakanJoseon
McCune–ReischauerChosŏn
Republik Korea
Nama Korea Selatan
Hangul
대한민국
Hanja
大韓民國
Perumian SemakanDaehan Min(-)guk
McCune–ReischauerTaehan Min’guk

Korea Selatan (Korsel) atau nama rasminya Republik Korea (RK, Hangul: 대한민국, Hanja: 大韓民國, Perumian Semakan: Daehan Minguk Mengenai audio inidengar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di bahagian selatan Korea di Asia Timur. Ia bersempadanan dengan negara Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur dan Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) di utara. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 100,363 kilometer persegi (38,750 bt2) dan dengan penduduk seramai 50 juta orang, dimana bandar raya Seoul sahaja diduduki oleh 10.4 juta orang.

Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa Semenanjung Korea pernah diduduki manusia seawal Zaman Paleolitik Awal.[8][9] Sejarah Korea bermula dengan penubuhan kerajaan Gojoseon pada tahun 2333 SM oleh raja Dan-gun yang menjadi lagenda. Ekoran penyatuan Tiga Kerajaan Korea di bawah pemerintahan Silla pada 668 M, Korea diperintah oleh Dinasti Goryeo (918–1392) dan Dinasti Joseon (1392–1910). Pemerintahan Joseon berakhir apabila Korea diilhakkan oleh Empayar Jepun pada tahun 1910. Pada akhir Perang Dunia Kedua, Korea telah dibahagikan kepada kuasa pendudukan Soviet di bahagian utara dan Amerika Syarikat di selatan. Walaupun Korea Selatan ditubuhkan sebagai sebuah negara demokrasi pada tahun 1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun hingga tertubuhnya Republik Keenam pada tahun 1987.

Selepas serangan Korea Utara ke atas Korea Selatan dalam 25 Jun 1950, peperangan yang tercetus antara kedua-dua Korea berakhir dengan Perjanjian Gencatan Senjata. Sempadan antara kedua-dua negara tersebut adalah yang paling kuat dikubui di dunia.[10] Selepas perang, ekonomi Korea Selatan berkembang pesat sehingga negara ini menjadi sebuah kuasa ekonomi utama dunia.[11] Pada tahun 1987, kerajaan awam telah menggantikan pemerintahan tentera. Sehingga kini, Korea Selatan mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat dengan nisbaj bilangan senjata api yang sedikit mengikut kapita.

Korea Selatan merupakan sebuah negara republik berpresiden yang terdiri daripada 17 bahagian pentadbiran. Ia merupakan sebuah negara maju dengan taraf hidup yang amat tinggi. Ia merupakan ekonomi keempat terbesar di Asia dan ke-15 (nominal) atau ke-12 (pariti kuasa beli) terbesar di dunia.[12] Ekonomi ini didorong oleh bidang pengeksportan, di mana industri pengeluaran tertumpu pada bidang elektronik, kereta, perkapalan, jentera, petrokimia dan robotik. Korea Selatan ialah sebuah negara anggota dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) serta pengasas bagi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

  1. ^ et. al. 지표상세 Diarkibkan September 6, 2015, di Wayback Machine. Index.go.kr (July 19, 2016). Retrieved October 5, 2016.
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 2015 Census
  3. ^ "Religious statistics of the National Statistical Office Christendom". image.kmib.co.kr.
  4. ^ (Korea) "대한민국의 주요 지표".
  5. ^ a b c d "South Korea". World Economic Outlook Database, April 2019. International Monetary Fund.
  6. ^ "Distribution of income (Gini index)". e-National Index. Daejeon: Korea National Statistical Office. Dicapai pada June 30, 2017.
  7. ^ "2018 Human Development Report". United Nations Development Programme. 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 14 September 2018.
  8. ^ "Ancient civilizations". Rom.on.ca. Dicapai pada 2010-04-25.
  9. ^ OPM.go.kr
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama border
  11. ^ "South Korea :: Economic and social developments". Ensiklopedia Britannica. Dicapai pada 18 Februari 2010.
  12. ^ for Selected Countries and Subjects


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search