Kota Bharu

Kota Bharu
Koto Baru
Bandar Kota Bharu
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوت بهارو
 • Tulisan Cina哥打峇鲁 (Simplified)
哥打峇魯 (Traditional)
 • Tulisan Thaiโกตาบารู Kotābārū
โคตูบาโร Khotūbāro
Dari atas, kiri ke kanan:
Gerbang Sultan Ismail Petra, Menara jam Tuan Padang, Muzium Islam Kelantan, Muzium diraja Istana Jahar, Masjid Muhammadi, Muzium Kraftangan , Muzium Kelantan, Bank Kerapu, KB Mall dan Pasar Besar Siti Khadijah
Mohor rasmi Kota Bharu
Nama panggilan: KB, Bandaraya Islam
Map
Kota Bharu is located in Bumi
Kota Bharu
Kota Bharu (Bumi)
Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Jajahan Kota Bharu
First settled1844
Status perbandaran1 January 1978
Pentadbiran
 • Yang di-Pertua MPKBMohamad Anis Bin Hussein[1]
Keluasan
 • Jumlah115 km2 (44 batu persegi)
Penduduk
 (2022)[2]
 • Jumlah568,900
 • Kepadatan4,900/km2 (13,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Not observed
Postcode
15xxx
Kod kawasan+60-09-7
Laman sesawangmpkbbri.kelantan.gov.my

Kota Bharu (sebutan dalam loghat tempatan: Koto Baru, Tulisan Jawi: كوت بهارو, ringkasan: KB) ialah ibu negeri bagi Kelantan Darul Naim, Malaysia. Bandar ini mula dibuka pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Gemuroh, Kuala Terengganu seterusnya meneruskan perjalanan melalui Laluan Persekutuan 3 (FT 3 Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu) sehingga ke Kota Bharu atau menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Tanah Tinggi Cameron menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang Dan Lojing.

Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.

  • Masjid Sultan Ismail Petra.
  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Pantai Senok

Kini Kota Bharu ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu.

  1. ^ "Peruntukan YDP MPKB-BRI (Laman web rasmi MPKBBRI)". mpkbbri.kelantan.gov.my.
  2. ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 Disember 2017.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search