Kuala Lumpur

Kuala miskin
کوالا لمڤور
Kolumiskin
Ibu Negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ولايه ڤرسكوتوان کوالا لمڤور
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Menara Berkembar Petronas, Jalan Petaling, Masjid Jamek dan kuala sungai Gombak/Klang, Tugu Negara, Masjid Negara, latar langit KL. Tengah: Menara Kuala Lumpur
Cogan kata: Kuala Lumpur Ceria
Lagu: Maju dan Sejahtera
Kuala Lumpur is located in Bumi
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur (Bumi)
Koordinat: 03°08′52″N 101°41′43″E / 3.14778°N 101.69528°E / 3.14778; 101.69528
NegaraMalaysia
NegeriWilayah Persekutuan
Ditubuhkan dan dipisahkan dengan Selangor1857
Dikurniakan status bandaraya1972
Dijadikan Wilayah Persekutuan1974
Pentadbiran
 • Datuk BandarAnwar Ibrahim
[1]
Keluasan
 • Ibu Negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan243.65 km2 (95.18 batu persegi)
Aras
21.95 m (72 ft)
Penduduk
 (2018)[4]
 • Ibu Negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan1,796,200 (Pertama)
 • Kepadatan6,891/km2 (17,850/batu persegi)
 • Bandar
6,608,000 (Mac 2,013)[3]
 • Metro
5,700,000[2]
Indeks Pembangunan Insan
 • IPM (2003)0.468 (rendah)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tiada)
Poskod
50xxx hingga 60xxx
68xxx
Waktu suria minUTC + 06:46:48
Kod panggilan kebangsaan03
Awalan nombor plat kenderaanVxx dan Wxx (semua kenderaan kecuali teksi)
HWx (teksi sahaja)
ISO 3166-2MY-14
Laman sesawangwww.visitkl.gov.my
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"

Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: كوالا لومڤور; singkatan: KL)[5] atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt2), diduduki 2.16 juta orang mengikut banci tahun 2022.[4] Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 8.9 juta orang[6], dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di Asia Tenggara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.

Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999.[7] Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kuala Lumpur adalah bandar diraja dan kediaman rasmi Ketua Utama Negara Malaysia Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara merupakan pusat pemerintahan negara terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan, pelancongan, pendidikan, perundangan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat.[8] Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[9]

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.[10]

Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998, Sukan Asia Tenggara 2017 dan Kejohanan Dunia Formula Satu.[11] Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya bangunan kedua tertinggi di dunia dan pertama di Asia Tenggara iaitu Menara Merdeka 118 dan paling terkenal adalah menara berkembar tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas.[12]

Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara.

Kuala Lumpur juga merupakan bandar raya besar di tengah di Semenanjung Malaysia, iaitu di antara Pulau Pinang, Ipoh, dan Johor Bahru. Perjalanan ke Butterworth dan Padang Besar ialah sepanjang 450 km dari Kuala Lumpur melalui keretapi tren ETS yang hanya menggunakan 3 jam dan 5 jam. Keretapi tren ETS juga banyak membantu masyarakat Kuala Lumpur. Pada zaman ini, masa keretapi laju ini dijangka 5 jam untuk tiba di Padang Besar di Perlis, iaitu bandar dan negeri terakhir lintasan keretapi Malaysia. Jadi, jam diambil sampai ke destinasi keretapi laju Malaysia ini adalah serentak dengan jam keretapi laju di China iaitu dari Shanghai ke Beijing yang juga menggunakan 5 jam.

Sebaliknya, perjalanan untuk pergi ke bandar raya dunia, Singapura juga melibatkan 350 km sahaja melalui lebuh raya. Terdapat pelbagai jenis bas di Kuala Lumpur dan Singapura ini adalah berbolak-balik di atas laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru ini. Tegasnya, servis bas ini juga banyak membantu masyarakat dan pelajar Johor di Kuala Lumpur untuk balik ke kampung menjelang musim perayaan dan cuti semester.

  1. ^ https://www.dbkl.gov.my/info-korporat/pengurusan-tertinggi/. Missing or empty |title= (bantuan)
  2. ^ Ministry Of Federal Territories And Urban Wellbeing. "Overview of Greater Kuala Lumpur". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-07. Dicapai pada 2013-12-03.
  3. ^ "Demographia World Urban Areas PDF (March 2013)" (PDF). Demographia. Dicapai pada 24 November 2013.
  4. ^ a b "Demographic Statistics Fourth Quarter (Q4) 2018, Malaysia".
  5. ^ KL Attractions, Activities & What's On in KL - Time Out Kuala Lumpur Diarkibkan 2014-05-30 di Wayback Machine. Timeoutkl.com. Dicapai pada 27 September 2013.
  6. ^ Helders, Stefan. "World: metropolitan areas". World Gazetteer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-12-13.
  7. ^ "Putrajaya – Administrative Capital of Malaysia". Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-21. Dicapai pada 2007-12-11.
  8. ^ Josh, Krist. "Kuala Lumpur: The Heart of Malaysia". Meetings AsiaPacific. Meetings Media. Dicapai pada 2007-12-13.
  9. ^ "The World According to GaWC 2008". Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Loughborough University. Dicapai pada 2009-05-16.
  10. ^ "Territorial extent". States of Malaysia. statoids.com. Dicapai pada 2007-12-11.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama F1
  12. ^ "Petronas Towers". Pearson PLC. Infoplease. Dicapai pada 2007-12-11.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search