Kuasa kuda

Kuasa kuda (horsepower, disingkatkan kepada hp atau HP[1]) adalah nama bagi beberapa unit ukuran bukan metrik bagi mengukur kuasa terlaku janaan jentera tertentu terutamanya enjin dan motor.[2]

Pengiraan kuasa kuda mempunyai beberapa tetapan berbeza: kuasa kuda mekanikal dikira sebanyak 745.7 watt manakala kuasa kuda metrik dikira sekitar 735.5 watt. Terdapat dua faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa menilai ukuran "kuasa kuda":

  • Definisi kuasa kuda sendiri yang tidak konsisten
  • Piawaian bagi nilai ukuran kuasa kuda yang pelbagai
  1. ^ Collins Concise Dictionary ISBN 0004722574
  2. ^ Amirul Naim Zamzan (9 Februari 2021). "Kuasa kuda: Sejarah dan asas-asasnya". PakcikEngineer. Dicapai pada 6 Oktober 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search