Kuil Hindu

Pandangan dari hadapan kanan kuil Brihadeshwara

Kuil Hindu atau mandir (Sanskrit: मंदिर), ialah sebuah rumah ibadat untuk umat Hindu. Kuil ini biasanya digunakan khusus untuk kegiatan keagamaan dan rohaniah.

Sebuah kuil Hindu dapat dibina sebagai sebuah struktur asing atau sebagai sebahagian sebuah bangunan. Suatu ciri kebanyakan kuil adalah kehadiran murti pada dewa Hindu untuk yang mana kuil itu didedikasikan. Kuil biasanya didedikasikan kepada satu dewa asas bergelar "dewa pengerusi" serta dewa bawahan lain yang berkaitan dengan dewa utama. Bagaimanapun, sesetengah kuil didedikasikan kepada beberapa dewa, dan sesetengahnya pula mempunyai tanda selain murti.

Setiap kuil boleh dibina dengan pelbagai cara, pelbagai gaya dan diselarikan dengan kebiaasan budaya setempat[1] namun hampir semua berkongsi idea dan tema teras yang ditunjukkan dalam ajaran ini.

  1. ^ Alice Boner (1990), Principles of Composition in Hindu Sculpture: Cave Temple Period, ISBN 978-8120807051, see Introduction and pp. 36-37.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search