Labah-labah

Labah-labah
Seekor labah-labah di sarang pada waktu subuh.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Araneae

Clerck, 1757
Suborder

Araneomorphae
Mesothelae
Mygalomorphae

Diversiti[1]
132 keluarga, k.k. 50,000 spesies

Labah-labah, lelabah, laba-laba atau lelaba merupakan haiwan invertebrata artropoda pemangsa yang berkaki lapan, mulut yang tidak boleh mengunyah, mempunyai dua tagma dan organ menghasilkan sutera.[2] Labah-labah dikelaskan dalam order Araneae, satu daripada beberapa ordo dalam kelas araknid yang lebih besar, kumpulan yang turut mengandungi kala jengking, tungau, sengkenit, dan falangid. Setakat Ogos 2022, terdapat 50,356 spesies labah dalam 132 keluarga dan 4,280 genus telah dicatatkan ahli-ahli taksonomi.[1] Pengkajian labah-labah dikenali sebagai araknologi, dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagai ahli araknologi.

Kebanyakan labah-labah memburu dengan membina sarang labah-labah untuk memerangkap serangga. Sarang ini diperbuat daripada sutera labah-labah, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan daripada organ spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen. Dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli. Kesemua labah-labah menghasilkan sutera, walaupun tidak kesemua menggunakannya bagi menganyam perangkap yang rapi. Benang sutera digunakan bagi memanjat, membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa, menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain.

Kesemua kecuali satu genus labah-labah mempunyai mulut bertaring yang berupaya untuk mencucuk bisa[3] untuk membunuh mangsa dan untuk mempertahankan diri mereka. Hanya subset labah-labah yang terhad yang mampu mengakibatkan masalah perubatan yang teruk apabila mengigit manusia. Kebanyakan jenis labah-labah yang lain mampu memberi gigitan yang menyebabkan rasa tidak selesa untuk beberapa ketika tetapi tidak menyebabkan kesan jangka panjang.

  1. ^ a b "Currently valid spider genera and species". World Spider Catalog. Natural History Museum Bern. Dicapai pada 30 Oktober 2022.
  2. ^ Selden, P.A. & Shear, W.A. (Disember 2008). "Fossil evidence for the origin of spider spinnerets". PNAS. 105 (52): 20781–85. Bibcode:2008PNAS..10520781S. doi:10.1073/pnas.0809174106. PMC 2634869. PMID 19104044.
  3. ^ Cushing, P.E. (2008). "Spiders (Arachnida: Araneae)". Dalam Capinera, J.L. (penyunting). Encyclopedia of Entomology. Springer. m/s. 3496. doi:10.1007/978-1-4020-6359-6_4320.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search