Lailatulqadar

Lailatulqadar (Arab: لیلة القدر) merupakan satu malam yang khusus terjadi pada bulan Ramadhan. Al-Quran diturunkan pada malam lailatulqadar dan ia lebih baik daripada seribu bulan.

Malam ini tidak diketahui waktunya secara tepat namun menurut beberapa kitab, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramdani, iaitu pada salah satu malam ganjil iaitu malam ke-21, ke-23, ke-25, ke-27 atau ke-29, dan ini merupakan pandangan jumhur ulama' dan umat Islam. Ada juga sebahagian kecil ulama' yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke-22, ke-24, ke-26, ke-28 atau ke-30 Ramadan. Ada juga sebahagian ulama' berpendapat waktu Lailatulqadar adalah tetap, iaitu pada satu malam dalam 10 malam akhir bulan Ramadan

Walau bagaimanapun, antara hikmah malam pertama ini dirahsiakan agar umat Islam rajin bercucuk tanam di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti umat Islambiasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini, lazimnya dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadat sepanjang malam.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search