Laluan Sutera

Laluan Sutera menghubungkan kawasan selatan Eropah dengan Tanah Arab, Somalia, Mesir, Parsi, India, Tanah Melayu, Jawa dan Vietnam hingga ke negara China.

Laluan Sutera atau Jalan Sutera ialah sebuah rangkaian laluan perdagangan di seluruh benua Asia yang menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan, dan Asia Barat dengan rantau Mediterranean, dan juga Afrika Utara, Afrika Timur Laut dan Eropah. Pada zaman sekarang, Laluan Sutera merujuk kepada laluan-laluan utama di darat dan lautan sekitar benua-benua tersebut.

Orang pertama yang menggunakan istilah "Seidenstraße(n)" atau "Jalan Sutera", ialah seorang ahli geografi berbangsa Jerman bernama Ferdinand von Richthofen pada tahun 1877. Laluan Sutera dinamakan sempena perdagangan sutera yang meluas di China, salah satu punca laluan-lauan perdagangan terawal dihubungkan menjadi rangkaian antara benua yang meluas.[1][2][3]

  1. ^ "Approaches Old and New to the Silk Roads" Vadime Eliseeff in: The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce. Paris (1998) UNESCO, Reprint: Berghahn Books (2000), pp. 1-2. ISBN 92-3-103652-1; ISBN 1-57181-221-0; ISBN 1-57181-222-9 (pbk)
  2. ^ Waugh, Daniel. (2007). "Richthofen "Silk Roads": Toward the Archeology of a Concept." The Silk Road. Volume 5, Number 1, Summer 2007, p. 4.
  3. ^ Hill, John E. 2003. "Annotated Translation of the Chapter on the Western Regions according to the Hou Hanshu." 2nd Draft Edition. Introduction [1]

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search